KUALA LUMPUR: Bukan soal keberanian berdebat atau berhujah namun rakyat lebih bimbang keupayaan seorang pemimpin berumur 93 tahun untuk memenuhi aspirasi generasi muda sekiranya dipilih mengetuai kerajaan kelak.
Pada era maklumat yang serba pantas ini, langkah Pakatan Harapan diketuai DAP menampilkan seorang calon Perdana Menteri berusia hampir 93 tahun dilihat tidak relevan apatah lagi Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah menerajui kerajaan selama lebih dua dekad sebelum ini.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Zambri Mohd. Isa berkata, lebih ‘menyedihkan’, beliau melihat usia Dr. Mahathir yang lanjut itu digunakan sebaiknya oleh pihak pembangkang bagi mewujudkan simpati rakyat khususnya dalam kalangan orang Melayu.
Kata beliau, ini berikutan tidak ‘molek’ bagi orang Melayu apabila lawan yang lebih muda bertikam lidah dengan individu berusia 93 tahun.
Sebaiknya, kata beliau, Dr. Mahathir harus keluar daripada arena politik dan biarkan sahaja anaknya, Datuk Seri Mukhriz mendaki kedudukan dengan kebolehan sendiri tanpa dibayangi beliau.
“Selain itu, kalau saya, elok luangkan sahaja masa di rumah bersama keluarga bagi memastikan kesihatan tidak terganggu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Zambri yang juga seorang peguam berkata, masyarakat khususnya generasi muda khuatir dengan visi Dr. Mahathir berikutan banyak pendiriannya telah berubah sejak terlibat dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
“Dengan usianya yang lanjut, saya khuatir pemikiran Dr. Mahathir sudah tidak relevan dan dipengaruhi oleh pihak lain dalam Pakatan Harapan. Beliau juga sering kali tersasar daripada isu pokok yang berbangkit seperti usianya itu sendiri.
“Justeru, apa yang ditulis Dr, Mahathir menerusi blognya (https://ift.tt/2pvEdTO) adalah bersifat politik semata-mata dan hanya mahu mengalihkan perhatian rakyat mengenai tahap fizikal dan usianya yang sudah lanjut,” katanya.
Menurut Zambri, tuduhan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk berdebat juga hanya retorik Pakatan Harapan semata-mata kerana mereka sudah tidak mampu melakukan tawaran baru kepada rakyat.

Sumber asal: Cukup-cukuplah Tun M Pergunakan Usia Untuk Simpati – GPMS
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment