IRONIK bukan? Si Rafizi tu tampil menabur fitnah terhadap Tabung Haji, tetapi dalam masa yang sama, dia sendiri turut menunaikan Haji dengan menggunakan kelebihan institusi tersebut.
Orang seperti ini macam mana kita nak labelkan? Dimana letaknya maruah dan integriti seorang yang sering mendabik dada mendakwa kononnya dia nak menjaga kebajikan rakyat?
Hakikatnya, inilah amalan yang menjadi kebiasaan puak Pakatan Haprak tu. Fitnah seringkali menjadi bahan modal Politik Longkang mereka untuk memburukkan Kerajaan Barisan Nasional.
Akibat dari fitnah yang dilemparkan terhadap Tabung Haji sebelum ini telah menyebabkan lebih daripada 3 ribu orang penyokong Pakatan Haprak tu hilang kelayakkan untuk menunaikan Haji.
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Tabung Haji Datuk Rozaida Omar berkata ia berikutan pendeposit menutup akaun selepas hilang keyakinan terhadap Tabung Haji ekoran artikel tohmahan terhadap perbadanan itu yang disiarkan dalam akaun Facebook milik Mohd Rafizi pada 9 Februari 2016.
“Pada tempoh Januari dan Februari tahun 2016, seramai 3,954 pendeposit menutup akaun dan daripada jumlah tersebut seramai 3,105 pendeposit hilang kelayakan menunaikan haji.
“Mereka perlu mendaftar semula sekiranya mereka ingin menunaikan haji dan perlu menunggu tempoh yang lebih lama,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas pada perbicaraan kes Rafizi yang didakwa menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji.
Rozaida yang merupakan saksi pendakwaan ke-3 berkata sebelum ini terdapat pengeluaran wang atau penutupan akaun namun alasan yang diberi adalah lebih bersifat peribadi seperti kematian pendeposit, pembelian rumah dan pelaburan persendirian di institusi kewangan lain.
Rafizi mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk “Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015” dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Feb 2016, yang mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.
Sumber asal: 3 RIBU PENDEPOSIT TABUNG HAJI JADI MANGSA FITNAH RAFIZI!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment