Apabila Malaysian Insight mendedahkan sumber dari PKR bahawa Nurul Izzah bakal bertanding di kerusi Pandan di PRU14 , beliau tidak MENAFIKAN menunjukkan ia memang hampir pasti.
Sebelum ini dikatakan Nurul Izzah mahu tanding di Permatang Pauh tetapi memandangkan kerusi Parlimen terbabit seperti sudah tidak selama bagi mereka kini kerusi Pandan yang majoriti Cina pulak ditagih .
Ini membuktikan gelombang perubahan sedang berlaku dikalangan pengundi Permatang Pauh disebabkan kegagalan Ahli Parlimen ini yang jarang di kawasan serta gerak kerja acting Wakil Rakyat yang selama hampir 5 tahun dilakukan UMNO Permatang Pauh telah membuktikan kepada rakyat.
Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menafikan dia bakal bertanding di kerusi Pandan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.
"(Ia) spekulasi semata-mata," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR itu berkata, isu berkaitan kerusi yang akan ditandinginya akan diputuskan oleh parti.
Anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu bagaimanapun berkata, dia akan mematuhi apa yang diputuskan oleh PKR.
Ditanya sama ada dia akan mempertahankan kerusi Lembah Pantai yang dimenang sejak 2008 - kecuali diputuskan sebaliknya oleh kepimpinan parti - Nurul Izzah menjawab: "Ya."
Menjelang PRU ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya Ogos ini, pelbagai spekulasi bertiup mengenai masa depan anggota parlimen daripada pelbagai parti.
Read more at http://ift.tt/2HxR004O0vdl.99
Sumber asal: SELEPAS PERMATANG PAUH TAK SELAMAT , LARI PULAK KE PANDAN ??

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment