PKR mahu bertanding di semua 21 kerusi DUN di Selangor pada PRU14, kata naib presiden parti itu, Dr Xavier Jayakumar.
Beliau berkata parti itu yakin dapat merampas beberapa kerusi yang dimenangi Umno pada pilihan raya umum ke-13.
"Kami bertanding 21 kerusi pada pilihan raya lepas dan kami bercadang untuk bertanding di 21 kerusi yang sama (pada PRU14). Kami yakin dapat menanginya," katanya kepada pemberita selepas mendengar ceramah bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad pada majlis perayaan Ponggal di Kapar Ahad.
Dr Xavier berkata, PKR harus diberi keutamaan bertanding lebih banyak kerusi di Selangor memandangkan Menteri Besar dan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah pemimpin negeri ini.
"Ada beberapa pihak yang mahukan (jumlah) kerusi yang sama tetapi PKR ingin menegaskan bahawa kami adalah kerajaan di negeri ini dan Menteri Besar adalah daripada parti kami… oleh itu, kami yang harus bertanding lebih banyak kerusi di Selangor," katanya.
Pada pilihan raya umum ke-13 di Selangor, PKR bertanding di 21 kerusi Dun dan memenangi 14 daripadanya.
Bagaimanapun, bilangan itu berkurangan kepada 13 apabila bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memenangi kerusi Dun Pelabuhan Klang pada pilihan raya lepas, dipecat PKR pada 2014.
Sementara itu, Mahathir yang juga pengerusi Bersatu ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata, beliau tidak pasti sama ada anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang merupakan timbalan presiden Bersatu, akan bertanding kerusi Dun di Selangor.
"Saya tidak tahu tentang itu. Beliau akan bertanding tetapi saya tidak tahu di mana," kata Mahathir semasa ditanya mengenai dakwaan bahawa Mukhriz, bekas Menteri Besar Kedah, akan bertanding di Selangor.
Ditanya mengenai isu perebutan kerusi antara PKR dan PAN Selangor di negeri itu, Mahathir berkata, ia perlu diselesaikan secara dalaman.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 'serangan' pengerusi PAN Selangor Izham Hashim terhadap Azmin yang juga pengerusi Pakatan Harapan Selangor membabitkan isu pengagihan kerusi di negeri itu.
Sebelum ini, Azmin mendakwa PAN Selangor ‘tidak amanah’ dan berbohong apabila menyatakan tiada jawatankuasa khas pembahagian kerusi Dun dibentuk oleh PH.
Sebaliknya, beliau berkata sudah empat kali mesyuarat diadakan bagi membincangkan soal pembahagian kerusi Dun itu.

Sumber asal: PKR mahu bertanding semula di 21 kerusi DUN Selangor
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment