MUHYIDDIN JANGAN TUDING JARI KEPADA PIHAK LAIN, PESAN NAJIB

Posted by Kerah Lekung on Monday, 12 February 2018

MUHYIDDIN JANGAN TUDING JARI KEPADA PIHAK LAIN, PESAN NAJIB.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) boleh meluluskan Mesyuarat Agung Tahunan PPBM sekiranya parti itu mematuhi perlembagaannya.

Pada masa sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak sepatutnya menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Saya tidak mahu bercakap bagi pihak RoS tetapi kelulusan pemilihan semula DAP membuktikan agensi itu tidak memihak kepada mana-mana pihak,” katanya yang juga Perdana Menteri di Muar semalam.

Semalam, Presiden PPBM mendakwa partinya sentiasa mematuhi perlembagaan parti.

Sebaliknya, bekas Timbalan Presiden UMNO itu menyalahkan RoS yang melambatkan kelulusan berkenaan serta mendakwa aduan ke atas parti itu berniat untuk memusnahkan hayat PPBM.

PPBM dilaporkan sudah menghantar dokumen berkaitan mesyuarat itu kepada RoS yang dikatakan sedang membuat siasatan.

Sumber asal: MUHYIDDIN JANGAN TUDING JARI KEPADA PIHAK LAIN, PESAN NAJIB

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment