Maldives panas: Parlimen ditutup, wakil rakyat pembangkang ditahan

Posted by Kerah Lekung on Monday, 5 February 2018

Maldives panas: Parlimen ditutup, wakil rakyat pembangkang ditahan.
Parlimen ditutup, dua wakil rakyat pembangkang Maldives ditahan
Agensi | Diterjemahkan olehSyah Hairizal Kamalul Arifin Februari 04, 2018 23:21 MYT
Parlimen ditutup, dua wakil rakyat pembangkang Maldives ditahan
Presiden Maldives, Abdulla Yameen arah penutupan Parlimen serta merta. (Foto AP)
MALE: Pasukan keselamatan Maldives telah menutup dan mengepung Parlimen serta menahan dua wakil rakyat pembangkang negara itu susulan krisis politik melibatkan Presiden Abdulla Yameen.

Penutupan Parlimen terbabit dibuat selepas anggota pembangkang menghantar petisyen bagi mendesak pemecatan Peguam Negara dan Pendakwaraya Negara yang disifatkan bersekongkol dengan Abdulla Yameen.

Selain itu, Abdulla Yameen dikatakan telah menyalahgunakan kuasanya sebagai presiden dengan menyekat kebebasan bersuara ahli Parlimen pembangkang yang mendesak pembebasan sembilan ahli politik pembangkang yang dipenjarakan.
Kedua-duanya didakwa atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, ketua pembangkang Ibrahim Mohamed Solih, menyeru pihak polis agar segera melepaskan ahli-ahli Parlimen terbabit dan berhenti mengikuti perintah yang menyalahi undang-undang yang dibuat Abdulla Yameen.

Sumber asal: Maldives panas: Parlimen ditutup, wakil rakyat pembangkang ditahan

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment