Kabinet dua lapis, Islamikah Hadi?

Posted by Kerah Lekung on Monday, 5 February 2018

Kabinet dua lapis, Islamikah Hadi?.
Kabinet dua lapis Hadi tak Islamik dan bersifat diskriminasi, kata pemerhati
Looi Sue-Chern, Yasmin Ramlan · Published on 4 Feb 2018 9:55PM
Rata-rata pengamat melihat cadangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk melaksanakan dua jenis Kabinet sebagai tidak Islamik, malah PAS juga dilihat semakin mundur kebelakang berbanding era Fadzil Noor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2018

SEBENARNYA idea pembahagian Kabinet Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu bersifat sistem kasta dalam agama, kata penganalisis Dr Wong Chin Huat.

Penganalisis sosial dan politik Penang Institute itu berkata jika PAS dapat membentuk kerajaan persekutuan pun, ianya tidak mencerminkan Islam sebagai rahmat buat seluruh alam (rahmatan lil alamin) apatah lagi sebagai asas ketamadunan dunia agama.

“Malah, Islam (pula) menjadi asas teologi ketuanan dan diskriminasi bagi orang Islam terhadap bukan Islam pula. Perkauman tebal atas nama agama.

“Orang Islam digambarkan sebagai kasta utama dengan hak eksklusif untuk membuat dasar, manakala bukan Islam pula (hanya) sebagai kasta bawahan yang mungkin boleh dianggap sebagai mangsa,” katanya.

Penjelasan Wong itu merujuk kepada cadangan kabinet Abdul Hadi Awang hari ini di mana Presiden PAS itu berkata, jika partinya mengambil alih kerajaaan, setiap kaum akan diberi peranan tersendiri. Orang Islam akan diletakkan dalam kabinet yang menentukan dasar nasional sementara bukan Islam akan dilantik dalam kabinet lain untuk melaksanakan dasar.

Justeru Wong berkata orang Islam patut menentukan sendiri adakah ketuanan Islam selari dengan Islam yang sebenar.

“Jika orang Islam yang minoriti, adakah orang Islam akan anggap perkara itu tak masuk akal? Jika mereka rasa begitu (tak masuk akal), mereka patut faham yang orang Islam pun rasa begitu.” – 4 Februari, 2018.

Sumber asal: Kabinet dua lapis, Islamikah Hadi?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment