Beza antara Macai Pakatan Dan Penyokong Najib Razak

Posted by Kerah Lekung on Monday, 5 February 2018

Beza antara Macai Pakatan Dan Penyokong Najib Razak.
Sebelum ini, pernah dikatakan bahawa penyokong pembangkang di dunia siber begitu handal sampai mereka berjaya buat kecoh di beberapa kawasan pilihan raya sampai calon Barisan Nasional (BN) tewas di kawasan berkenaan. Mereka dikatakan jadi penyebab BN terus gagal dapat majoriti dua pertiga walaupun menang Pilihan Raya Umum (PRU).

Bagaimanapun, menjelang PRU14 pejuang siber pembangkang atau Pakatan Harapan (PH) sudah hilang arah dan hala tuju. Mereka selalunya meroyan dan suka cari pasal daripada menyokong pembangkang dengan cara sepatutnya.

Hantaran mereka di media sosial atau blog seringkali berbaur fitnah dan hasutan tanpa ada bukti sahih yang boleh diguna pakai. Gambar diedit dan kemudian jadi bahan fitnah sudah perkara biasa bagi pejuang siber pakatan. Kalau penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, peranan mereka dalam media sosial amat berbeza sekali.

Posting mereka biasanya melibatkan apa yang sudah kerajaan BN lakukan demi rakyat lengkap dengan infografik serta penerangan berkaitan. Penyokong siber pakatan biasanya akan masuk dan memberi komen, tapi semuanya boleh dikatakan hanya berupa cacian dan maki.

“Admin bodoh,” kata seorang komentar.

“Admin makan dedak, jilat Najib,” komen seorang lagi.

Itulah sahaja modal mereka kini, tidak ada komen panjang yang menjelaskan sebab mereka membuat komen sebegitu.

Tidak ada komen yang menjelaskan apa perancangan PH dalam mentadbir negara atau membuat apa yang lebih baik dari BN.

Tidak boleh diterima akal apabila dakwaan ke atas Perdana Menteri yang tidak ada bukti tapi terus dikritik oleh pejuang siber PH tetapi kes skandal rasuah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dipuja mereka dalam kes skandal terowong dasar laut, langsung tidak dikritik oleh mereka.

Kini, momentum dalam suasana perang siber memihak kepada BN dengan jurang yang begitu besar.

Penyokong Najib kini terus konsisten menyampaikan kepada pengguna media sosial lain perancangan BN serta manfaat yang telah pembangunan bawa untuk rakyat.

Komen jahat dan memaki oleh macai pakatan sudah tidak dilayan oleh pengguna media sosial sebaliknya dikecam oleh pengguna media sosial lain kerana hanya tahu mencaci sahaja tanpa membangkang dengan bukti dan fakta.

Kemudian, mereka akan mengkritik Najib serta BN apabila ada sahaja peluang tidak kira ia betul-betul berlaku atau ia sebenarnya kejadian lain sehingga mereka tersilap langkah.

Selepas memfitnah, kemudian dikecam oleh penyokong Najib, barulah mereka kesipuan tapi tidak pernah mahu sedar diri sebaliknya terus sahaja mencaci penyokong Najib. Begitulah kalau menyokong dengan membuta-tuli tanpa ada sebab dan hanya kerana dedak. Mereka PH sahaja yang sebenarnya memberi dedak untuk memburukkan BN dan pemimpinnya.

Sumber asal: Beza antara Macai Pakatan Dan Penyokong Najib Razak

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment