WAN AZIZAH SINDIR, TUN M DALAM KEADAAN TERUK!!!

Posted by Kerah Lekung on Monday 26 March 2018

WAN AZIZAH SINDIR, TUN M DALAM KEADAAN TERUK!!!.
Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail tampil menyifatkan kerjasama dengan Tun Mahathir, orang sama yang pernah menyingkirkan suaminya 20 tahun lalu, umpama “mimpi”.
“Ia seperti bermimpi. Apakah ia benar-benar berlaku?” katanya dipetik akhbar The Sydney Morning Herald (SMH) semalam.
“Tetapi ya, ia benar dan bagi saya ini menunjukkan betapa teruknya keadaan sehinggakan bekas perdana menteri yang memilih Datuk Seri (Najib Razak) sebagai perdana menteri, sampai ke tahap beliau sendiri (Dr Mahathir) perlu menjatuhkan orang yang dipilihnya.”
Namun bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Wan Azizah itu hanya sebagai satu sindiran terhadap bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun itu secara terang - terangan.


Bagi mereka, apa yang cuba digambarkan oleh Wan Azizah ialah berkaitan dengan kedudukan Tun Mahathir itu sendiri sedang berada dalam keadaan yang sangat teruk pada ketika ini.


Jika sebelum ini, Tun Mahathir pernah memecat suami Wan Azizah dari jawatan Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan salah guna kuasa dan terlibat dalam skandal seks diluar tabiie.


Kemudian Tun Mahathir juga pernah mengerakkan usaha untuk menjatuhkan Tun Abdullah Badawi yang dipilih oleh dirinya sendiri sebagai pengganti Perdana Menteri Malaysia.


Maka kali ini, Tun Mahathir dilihat berada dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri sehingga terpaksa bergabung dengan puak Pakatan.


Dalam erti kata lainnya, kenyataan Wan Azizah itu memberikan gambaran bahawa bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun itu sedang berada dalam keadaan yang sangat teruk untuk menjamin kedudukan legasinya dimasa akan datang!!!

Sumber asal: WAN AZIZAH SINDIR, TUN M DALAM KEADAAN TERUK!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment