TANGKAPAN DATUK TERIMA RM3 JUTA BUKTIKAN PEMBANGKANG MEMFITNAH DATUK AZEEZ

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 4 March 2018

TANGKAPAN DATUK TERIMA RM3 JUTA BUKTIKAN PEMBANGKANG MEMFITNAH DATUK AZEEZ .

Checkmate !!   Pembohongan dan fitnah DAP terhadap Datuk Seri Abd Azeez Rahim akhir jatuh juga dengan tertangkapnya Datuk  yang songlap rasuah  RM3 juta bagi kawtim untuk tutup kes skandal  dari syarikat SPV   dianugerahkan projek terowong dasar laut kerajaan P.Pinang. 

Menurut sumber Datuk ini adalah seorang Pengarah Urusan syarikat gelaran Datuk daripada Kerajaan DAP Penang P. Pinang pada tahun 2015.
Sepatutnya Datuk Akhbar Satar dari Transperancy  International   patut turun ke P.Pinang lihat sendiri berapa ramai kaki rasuah di negeri ditadbir kerajaan DAP sudah kena hadap ke Mahkamah termasuk Ketua Menteri . Ini lah punca indeks persepsi rasuah meningkat sebab kaki perasuah bermaharajalela .

Bayangkan bayaran rasuah  RM19 juta dan RM3 juta dibayar seperti celah gigi  oleh syarikat  ini , jadi tak heran la bayaran  kos kajian mencecah ratusan juta  mereka dapat daripada kerajaan DAP  yang sehingga hari ini laporan itu masih  tak nampak !!

Selain itu , timbul persoalan mengapa Tokong  memberikan Datukship kepada orang yang menerima rasuah dari SPV Terowong Pulau Pinang, dan selepas itu buat muka  terkejut  kenapa syarikat kroni beliau cuba merasuah SPRM?

Memang kebenaran itu lambat tapi kita bersyukur SPRM dengan cepat  telah membersihkan orang teraniaya  yang menjadi mangsa tuduhan jahat fitnah pemimpin  DAP  

Mengapa  pemimpin DAP hanya kalut  mempersoalkan kenapa Datuk Azeez Rahim boleh terlibat, berbanding dgn Zenith? 




SHAH ALAM: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, menyifatkan dakwaan beliau terbabit menerima bayaran perundingan dalam isu projek terowong dasar laut Pulau Pinang adalah penipuan pembangkang untuk memburukkan namanya.
Beliau berkata, perkembangan yang berlaku jelas membuktikan pembangkang mempunyai matlamat mencemarkan namanya dengan isu berkenaan yang tiada kaitan langsung dengan dirinya.
Katanya, susulan keadaan itu, beliau membuat laporan polis hari ini, bagi menafikan sebarang pembabitannya dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang,
Selain meminta polis menyiasat tohmahan itu, Abdul Azeez menerusi peguamnya juga sudah menghantar surat kepada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd, supaya menarik balik tuduhan dibuat mereka menerusi surat tuntutan yang dihantar, dalam tempoh empat hari.
Kegagalan menarik balik dakwaan tidak berasas itu, menyebabkan beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan.
"Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan syarikat Zenith. Saya buat laporan ini juga untuk memohon polis siasat dakwaan ini. Saya sedia untuk beri sebarang kerjasama pada polis dan pihak berwajib.
"Saya menjadi mangsa orang jual nama, hari ini saya harap ada satu titik noktah mengenai isu ini, semua pihak diminta siasat secara telus," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 9.30 pagi ini dengan diiringi hampir 50 penyokong.
Beliau membuat laporan polis susulan dakwaan menerima bayaran RM3 juta bagi kerja rundingan berkaitan projek terowong bawah laut Pulau Pinang daripada Konsortium Zenith.
Abdul Azeez mengesahkan, menerima surat tuntutan daripada firma berkenaan melalui pos berdaftar pada 27 Februari lalu, namun menegaskan dirinya tidak terbabit dengan projek pembinaan itu.
Sementara itu, peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Abdul Azeez, berkata pihaknya sudah membalas surat tuntutan daripada peguam Konsortium Zenith kelmarin dan menyatakan semua dakwaan berkenaan adalah palsu.
"Dalam surat balas itu juga kami meminta mereka menarik balik tuduhan dalam tempoh masa empat hari dan meminta maaf. Jika tidak kita akan teruskan dengan tindakan undang-undang.
"Laporan polis dibuat sebab anak guam saya peka terhadap pihak yang cuba menjual namanya sebagai wakil rakyat, selain kita lihat tuduhan ini palsu dan tidak berasas serta turut membabitkan institusi polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.




Sumber asal: TANGKAPAN DATUK TERIMA RM3 JUTA BUKTIKAN PEMBANGKANG MEMFITNAH DATUK AZEEZ

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment