ORANG CERITA PASAL AIR, DIA CERITA PASAL BANJIR PULAK!!!

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 13 March 2018

ORANG CERITA PASAL AIR, DIA CERITA PASAL BANJIR PULAK!!!.
Ini saja ke tahap hujah seorang pemimpin yang sering kali mendabik dada mendakwa kononnya dia seorang yang 'Peduli Rakyat' di Selangor? Tahap tu saja ke hujah yang mampu diberikan?


Kalau dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali ni membuktikan yang dia seorang pemimpin yang ketandusan hujah untuk menutup kelemahan dirinya sendiri.


Yang menjadi isu sekarang ialah mengenai krisis bekalan air yang membebani rakyat Selangor. Hampir dua minggu lebih rakyat di Selangor menderita kerana tidak mendapat bekalan air.


Tapi, dek kerana dia nak tutup kemaluan ekoran kegagalan menangani isu tersebut, Si Azmin Ali ni cuba nak alih perhatian rakyat dengan membangkitkan isu mengenai banjir pulak.


Tanpa mengakui kelemahan dan kegagalan Rejim Pakatan dibawah pemerintahannya, Si Azmin Ali ni sekali lagi dilihat cuba membanggakan diri dengan mendakwa kononnya dia berjaya selesaikan isu banjir di Kajang.


Nampak sangat Politik Longkang yang diamalkan oleh Si Azmin Ali ni hanya sekadar mendahulukan kepentingan dirinya sendiri tanpa mempedulikan keutamaan rakyat di negeri Selangor.


Dia yang telah dimalukan di dalam perbahasan Parlimen semalam, cuba nak mengalihkan perhatian rakyat mengenai isu lain pulak sedangkan rakyat mahu pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah mereka. Bukan pemimpin yang setakat tahu bagi alasan bertaraf longkang macam ni!!!

Sumber asal: ORANG CERITA PASAL AIR, DIA CERITA PASAL BANJIR PULAK!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment