KEDAH LANCAR PELAN PEMBANGUNAN NEGERI TAPI 10TAHUN DAP PERINTAH P.PINANG TAK ADA ??

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 4 March 2018

KEDAH LANCAR PELAN PEMBANGUNAN NEGERI TAPI 10TAHUN DAP PERINTAH P.PINANG TAK ADA ??.


KEDAH negeri jiran P.Pinang sudah mempunyai pelan pembangunan negeri bagi perancangan masa akan datang. 
Tetapi di P.Pinang sudah 10 tahun diperintah DAP tiada lansung perancangan pelan pembangunan  .Depa cakap masa PRU13 akan buat pelan tapi sampai sekarang tak ada . Semuanya yang ada  adalah hasil daripada yang dibuat kerajaan BN .  
Selama 10 tahun  Kerajaan DAP tahu nak tambak laut di Teluk Kumbar  dan nak bina terowong dasar laut   untuk syarikat  kroni . 



ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini melancarkan Pelan Pembangunan Strategik Negeri Kedah 2019 - 2035 yang menyaksikan pelaksanaan perancangan pembangunan dalam pelbagai aspek membabitkan empat elemen utama.
Elemen terbabit ialah mempelbagaikan asas ekonomi negeri, melonjak pembangunan holistik berdaya mampan, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyediakan Kedah dengan kekuatan jati diri membabitkan modal insan serta tenaga muda selaku impetus utama.
Pelancaran terbabit dilakukan pada hari terakhir Ekspo Muafakat Kedah, di Stadium Darul Aman di sini hari ini. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Perdana Menteri dalam ucapannya, turut mengumumkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang.
Beliau berkata, naik taraf terbabit berdasarkan potensi besar pembangunan di Bukit Kayu Hitam yang akan dijadikan hab lojistik utara semenanjung, sekali gus menjadi penghubung dengan selatan Thailand selain meningkatkan keupayaan penerbangan Haji dan umrah.
"Saya juga melihat, Langkawi perlu dijadikan pintu masuk negara dengan adanya penerbangan terus tetapi sekiranya tiadanya jambatan udara (aerobridge) maka sudah pasti pesawat besar tidak boleh mendarat.
"Atas faktor itu, saya mengarahkan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) supaya dalam projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, perlu ditambah jambatan udara," katanya.
Mengulas lanjut mengenai Kedah, Najib berkata semua perancangan dan pembangunan yang dirancang akan terus dilakukan di bawah kerajaan BN.
Beliau turut mengulangi komitmen untuk melaksanakan projek menaik taraf lima loji rawatan air dengan peruntukan RM1 bilion yang diluluskan sebelum ini, bagi menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Kedah.
"Kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang didokong Kerajaan Pusat akan membina banyak projek perumahan rakyat (PPR) dan rumah mampu milik seluruh Kedah, malah akan melaksanakan apa yang perlu, umpamanya jalan kampung, lampu jalan dan menaik taraf sekolah daif.
"Saya harap Kedah terus kekal di bawah BN, bukan saja kekal tetapi tambah lagi (majoriti) dan saya yakin, insyaAllah ia boleh jadi kenyataan.
"Kedah akan terus dapat sokongan kuat daripada Kerajaan Persekutuan kerana Kedah memerlukan sokongan memandangkan hasil yang dikutip kerajaan negeri adalah amat terbatas.
"Ini kerana Kedah terpaksa berkorban sebagai negeri jelapang padi negara dan Kerajaan Pusat amat menghargai sumbangan besar ini kepada negara.
"Atas sebab itu, kita akan terus membantu Kedah untuk memacu pembangunan di negeri ini," katanya lagi.


Sumber asal: KEDAH LANCAR PELAN PEMBANGUNAN NEGERI TAPI 10TAHUN DAP PERINTAH P.PINANG TAK ADA ??

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment