Humban Ke Dalam Empangan’ Dengan “Terbalikkan Meja”, Yang Mana Lebih Samseng?

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 24 March 2018

Humban Ke Dalam Empangan’ Dengan “Terbalikkan Meja”, Yang Mana Lebih Samseng?.




UALA LUMPUR, 23 Mac – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata antara kenyataan terbalikkan meja kepada mereka yang membuat fitnah dengan kenyataan humban ke dalam empangan gara-gara kenyataan penjawat awam mengenai masalah air yang berlaku di Selangor, jelas kenyataan ” humban ke dalam empangan” lebih tidak bertanggugjawab serta menunjukkan keangkuhan seorang Menteri Besar.
Menurut beliau apa yang diperkatakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan ditujukan kepada mereka yang membuat fitnah sedangkan jelas kenyataan mengenai soal air di Selangor itu adalah kepada penjawat awam yang ikhlas untuk sama-sama mengatasi masalah air yang berlaku di Selangor.
“Apa dosa penjawat awam yang bertanggubgjawab dan mahu membantu mengatasi krisis air di Selangor? Yang mana lebih kelihatan samseng?
“Saya bukannya nak bela sesiapa…cumanya pada saya soal air adalah menjadi keutamaan yang perlu diberikan perhatian dan bukannya bertindak balas dengan mengeluarkan kenyataan yang seumpama itu. Tunjuk garang atau samseng tidak bertempat bukankah tidak manis?
“Alangkah elok jika bersikap terbuka dengan melihat apa yang diutarakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang itu dengan mengambil segala tindakan yang perlu untuk mengatasi masalah air bukan sahaja untuk hari ini malah pada masa akan datang.
“Sampai bila keadaan ini akan berterusan sedangkan air adalah satu keperluan penting dan perlu diutamakan kerana melibatkan soal kepentingan rakyat. Terjejasnya air boleh menjejaskan segala-galanya termasuklah soal pelaburan dan sebagainya lagi,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perbandingan yang dibuat oleh sesetangah pihak berhubung kenyatan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dengan ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan pada pelancaran Briged Gempur Pemuda UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut Shamsul seterusnya menegaskan cukup-cukuplah Azmin mempolitikkan segala-galanya sebaliknya memberi tumpuan terhadap keperluan yang mendesak di negeri kepimpinannya itu.
Katanya sampai bila masalah air menjadi sebutan dan sampai bilakah masalah air melanda rakyat Selangor sedangkan itulah yang harus diutamakan dengan mencari jalan penyelesaian terbaik.
Malah inilah juga sikap pembangkang, kenyataan pemimpin BN diputar belit, yang tidak salah dicari jalan supaya nampak bersalah. Namun apabila kenyataan tidak bertanggungjawab dibuat oleh pimpinan mereka didiamkan.
“Perang mulut dengan penjawat awam memalukan diri sendiri. Penjawat awam itu melaksanakan tanggungjawabnya dan kenapa pula mencari masalah. Perkara yang boleh diselesaikan selesaikan secara baik,“ ujarnya. -MediaUMNO

Sumber asal: Humban Ke Dalam Empangan’ Dengan “Terbalikkan Meja”, Yang Mana Lebih Samseng?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment