SERANGAN MENGHINA PM OLEH MAHATHIR SUDAH MELAMPAU

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 10 February 2018

SERANGAN MENGHINA PM OLEH MAHATHIR SUDAH MELAMPAU .


Serangan peribadi yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai me­lampaui batas politik.

Bukan itu sahaja, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, tindakan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu yang didakwa menghina dan memfitnah Najib juga telah melampaui kesopanan dan kesusilaan asas manusia

Sedangkan kata beliau, Islam menganggap fitnah sebagai jenayah yang berat.
“Malaysia mempunyai undang-undang terhadap jenayah fitnah. Mengutuk seseorang adalah jenayah tetapi Dr. Mahathir nampaknya tidak menghormati undang-undang.
“Beliau membuat kenyataan yang menghina Najib dan menu­duhnya bermacam-macam. Ini sangat tidak bertanggungjawab bagi seseorang yang pernah menjadi Perdana Menteri dan ini menunjukkan tauladan yang buruk untuk golongan belia,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi entri terhadap di laman blog http://ift.tt/2jGXWf5 hari ini.
Mengulas lanjut, Salleh memberitahu, adalah perkara biasa untuk mempunyai perbezaan pendapat dalam politik dan menyatakannya berdasarkan landasan demokrasi negara namun apa yang dilakukan Dr. Mahathir tidak boleh dipanggil kebebasan bersuara.
Namun begitu, jelas Salleh, Perdana Menteri telah mengambil pendekatan yang budiman terhadap serangan-serangan dilontarkan Dr. Mahathir itu, malah tetap beradab meskipun berdepan de­ngan taktik-taktik kotor.
“Orang Melayu mempunyai apa yang kita sebut adab. Kita mesti mengawal diri daripada sampai ke tahap politik kotor di mana fitnah dan segalanya menjadi budaya politik baharu di Malaysia,” ujar beliau.


Sumber asal: SERANGAN MENGHINA PM OLEH MAHATHIR SUDAH MELAMPAU

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment