Mustahil kerajaan PAS Kelantan tak tahu punca bantahan Orang Asli
Mohd Fauzi Mohd Azmi Pada 23 Februari 2018
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sepertimana dilaporkan Portal Malaysiakini; Kelantan Tak Tahu Punca Sebenar Bantahan Orang Asli.
Seingat saya, krisis antara Orang Asli Kaum Temiar di selatan Negeri Kelantan dengan kerajaan PAS Kelantan mencapai tahap kritikal sejak bulan September 2016 apabila berlaku “pertempuran” antara Komuniti Orang Asli peserta blockade dengan Pengusaha Balak di Blockade Simpang Petei sehingga ianya mendapat perhatian media dari seluruh negara.
Seingat saya juga, pelbagai media arus perdana dan juga atas talian telah mengeluarkan pelbagai pendedahan luahan dan juga keluhan dari komuniti Orang Asli di kawasan tersebut ekoran pelbagai masalah yang timbul akibat dari penerokaan hutan secara melampau melalui Projek “Ladang Rakyat”dan “Ladang Hutan” yang menggunakan konsep TLC atau dalam bahasa mudahnya – Cuci Mangkuk (tebang sampai licin).
Pada saya, tempoh masa dari September 2016 hingga Februari 2018 (17 bulan atau satu tahun lima bulan) adalah tempoh yang sangat mencukupi bagi sebuah kerajaan negeri untuk memahami masalah yang timbul.
Perkara ini sepatutnya menjadi lebih mudah dengan adanya laporan-laporan dari pelbagai pihak termasuk maklumat-maklumat dari pelbagai NGO yang menunjukkan keprihatinan mereka melalui kunjungan-kunjungan wakil mereka ke blockade terbabit seperti yang diketahui umum.
Wakil-wakil Masyarakat Orang Asli yang berkenaan juga telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil agensi Kerajaan Negeri Kelantan iaitu JPNK, JAKOA, Pejabat Tanah dan lain-lain Agensi Kerajaan Negeri Kelantan.
Mustafa Along, Azmi, Nasir Nash, Awer, Dendi dan lain-lain pimpinan jaringan juga telah beberapa kali membuat kenayataan media, menghantar memorandum pada kerajaan negeri.
Takkan Datuk TMB sudah lupa?
Saya kira, jika Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan belum “nyanyuk”, pasti beliau masih ingat pertemuannya bersama, Mustafa dan rakan-rakan Jaringan juga NGO Sahabat Alam diketuai Saudara Meor Razak di Pejabat SUK Negeri Kelantan.
Masakan Datuk TMB boleh lupa pertemuan tersebut dan masakan Datuk TMB boleh lupa segala luahan dari wakil jaringan kepada Datuk TMB sendiri pada pertemuan itu?
Saya juga yakin dalam pertemuan tersebut juga wakil dari jaringan ada menyerahkan memorandum tuntutan dari pihak jaringan yang mewakili komuniti Orang Asli dan juga Cadangan Penambahbaikan Pengurusan Hutan dan juga Aktiviti Pembalakan ada juga diserahkan pada Datuk TMB oleh Saudara Meor dari NGO Sahabat Alam.
Apa sudah jadi dengan memorandum dan juga cadangan-cadangan tersebut? Sudah diteliti atau sudah selamat ditongsampahkan?
Seingat saya juga, sudah lebih 10 memorandum tuntutan dari komuniti Orang Asli telah dipanjangkan kepada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri yang mana dinaungi oleh Datuk TMB sendiri.
Hampir lima tahun Datuk memegang dan memikul amanah sebagai Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan dibawah Portfolio EXCO Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli Negeri Kelantan dan saya merasa ini adalah satu “lelucon” bilamana selepas hampir dua tahun dengan pelbagai kronologi, Datuk masih gagal memahami punca sebenar bantahan dari masyarakat Orang Asli.
Berapa tahun sebenarnya diperlukan oleh kerajaan PAS Kelantan untuk memahami punca sebenar bantahan dari masyarakat Orang Asli? Tiga tahun? Empat tahun? 10 tahun? 20 tahun?
Rasanya rakyat tak punya masa yang sebegitu banyak untuk menunggu seorang berjawatan Timbalan Menteri Besar memahami dan menyelesaikan masalah mereka.
Pilihan raya makin hampir
Sejak krisis antara Orang Asli dengan Kerajaan Negeri berlaku, SEKALI PUN Datuk tak pernah menjijakkan kaki suci Datuk ke kawasan Orang Asli di pedalaman yang menghadapi masalah akibat Aktiviti Pembalakan.
Dikhabarkan, Datuuk mempunyai barisan kenderaan yang cukup untuk pelbagai keadaan mukabumi. Dari kenderaan mewah untuk bandar, kenderaan pacuan empat roda berjenama untuk pemanduan lasak hingga ke motosikal kapcai.
Apa kata sebelum pilihan raya, Datuk luangkan masa beberapa hari menziarahi Masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman cuba rasai sendiri dan fahami masalah mereka dan rasanya Datuk akan faham punca bantahan mereka.
Pandu saja kereta mewah Datuk ke Gua Musang hingga ke Kuala Betis, kemudian dari Kuala Betis, boleh pandu pacuan empat roda berjenama milik Datuk sendiri masuk kekawasan pedalaman.
Rasanya tiada masalah bagi sebuah Range Rover berharga ratusan ribu meredah jalan balak.
Kalau Datuk rasa sayang pada Range Rover tersebut terlalu mendalam hingga tak sampai hati nak hauskan tayar mahal meredah debu dan batu hutan, Datuk boleh saja pandu motorsikal kapcai melayan debu merah musim kemarau sepanjang perjalanan ke kawasan pedalaman.
“Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih”
* Mohd Fauzi Mohd Azmi adalah Koordinator Impian Kelantan

Sumber asal: Punca bantahan Orang Asli: Kerajaan PAS Kelantan tak tahu atau buat tak tahu?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment