MAMPUKAH PAS & PAKATAN HARAPAN REBUT KERUSI DUN MELAYU P.PINANG DIKUASAI UMNO ??

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 6 February 2018

MAMPUKAH PAS & PAKATAN HARAPAN REBUT KERUSI DUN MELAYU P.PINANG DIKUASAI UMNO ??.


Seperti dijangka ,  PAS umumkan semalam  akan bertanding merampas kembali Permatang Pauh serta 3 kerusi DUN iaitu Permatang Pasir , Penanti dan Seberang Jaya sekaligus mempertaruhkan pertembungan   3 penjuru di PRU14 .


Selain itu , PAS juga akan bertanding 20 kerusi DUN iaitu lebih 5 kerusi berbanding UMNO iaitu hanya 15 kerusi . 

Selain itu , perebutan dalam Pakatan Harapan cukup panas iaitu di mana PPBM menuntut 10 kerusi dan PAN juga sebanyak 5 kerusi .  Kerusi DUN  Batu Maung , Sungai Bakap , Seberang Jaya dan Penanti mungkin tidak diminta mereka kerana merupakan seat dimenang PKR . 

Bagi UMNO yang memenangi  10 seat di PRU13 lalu  pasti akan dipertahan  kubunya . Selain itu , PRU14 kali ini merupakan saat terbaik untuk  UMNO    melakar sejarah  merampas kembali 5 lagi kerusi iaitu Seberang Jaya , Sungai Bakap , Batu Maung , Permatang Pasir dan Penanti. 


Ia tidak mustahil memandangkan pertembungan kali ini adalah 3 penjuru di kawasan DUN Melayu antara PAS , UMNO dan Pakatan Harapan . 


Malah di dalam Pakatan Harapan kali ini juga telah berlaku perebutan kerusi semasa parti komponen dan sudah tentu akan memberi kesan kepada jentera dan sokongan pengundi kepada mereka . 

UMNO dilihat cukup agresif terutama di Permatang Pauh dan Nibong Tebal , feedback daripada rakyat di Parlimen ini cukup jelas kini mahukan perubahan di kawasan mereka  setelah Ahli Parlimen  selama 5 tahun menag   jarang di kawasan dan pekhidmatan tidak baik . 








MENUNGGU KEJANTANAN DR AFIF BAHARDIN DAN PKR PULAU PINANG

Ketegangan antara PKR dan DAP Pulau Pinang berhubung dengan isu agihan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang antara parti-parti komponen Pakatan Harapan Pulau Pinang bukanlah sengaja diada-adakan kerana ia sebenarnya betul-betul berlaku.

Selewat 28 Januari lalu pun, portal berita The Malaysian Insight telah memetik Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua AMK Malaysia, Dr Afif Bahardin, sebagai memberi amaran kepada DAP Pulau Pinang: “Jika PKR perlu lepaskan kerusi, kami mahu DAP juga lakukan yang sama bagi memberi ruang kepada PPBM dan AMANAH. Jika DAP enggan berbuat demikian, PKR mahu semua 16 kerusinya.”

Ketegangan ini adalah berpunca daripada pelbagai kenyataan pemimpin PPBM dan AMANAH yang menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi parti mereka.

Pengerusi PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya, telah beberapa kali menyebut hasrat PPBM untuk meletakkan calon di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang kini diwakili oleh UMNO. 6 daripada 10 kerusi ini ialah kerusi yang PKR tandingi dalam PRU 13, iaitu N2 Bertam, N3 Pinang Tunggal, N6 Telok Ayer Tawar, N40 Telok Bahang, N21 Sungai Acheh dan N39 Pulau Betong. 4 kerusi lagi ialah kerusi yang PAS tandingi dalam PRU 13, iaitu N1 Penaga, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua dan N38 Bayan Lepas.

Dalam pada itu, pemimpin AMANAH pula, termasuk Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Malaysia, Muhammad Faiz Fadzil, yang digembar-gemburkan akan bertanding di kerusi N11 Permatang Pasir, telah membayangkan minat AMANAH untuk bukan sahaja bertanding di kerusi N11 Permatang Pasir, malah di empat kerusi lain yang PAS tandingi dalam PRU 13, iaitu N1 Penaga, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua dan N38 Bayan Lepas, kerana, kata beliau, AMANAH akan mampu merampas kelima-lima kerusi ini dari PAS dan UMNO.

Berhadapan dengan tuntutan berterusan PPBM supaya PKR melepaskan kerusinya inilah maka amaran Dr Afif Bahardin ini boleh difahami kerana PKR kini telah terpaksa melepaskan tiga kerusinya, iaitu N2 Bertam, N6 Telok Ayer Tawar dan N40 Telok Bahang, kepada PPBM, selain berhadapan dengan kemungkinan terpaksa melepaskan satu lagi kerusinya, iaitu N21 Sungai Acheh, sama ada kepada PPBM atau kepada AMANAH.

Kita lihat sahaja nanti sejauh manakah jantannya pemimpin PKR Pulau Pinang, khususnya Dr Afif Bahardin sendiri, di dalam berhadapan dengan pemimpin DAP Pulau Pinang ini. Apakah PKR Pulau Pinang akan mengotakan janjinya bahawa ia tidak akan melepaskan mana-mana satu daripada 16 kerusinya kepada PPBM atau kepada AMANAH jika DAP juga berkeras untuk tidak melepaskan mana-mana satu daripada 19 kerusinya kepada PKR?
Sumber asal: MAMPUKAH PAS & PAKATAN HARAPAN REBUT KERUSI DUN MELAYU P.PINANG DIKUASAI UMNO ??

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment