10 TAHUN HARAPAN DIJANJIKAN DAP HANYALAH TINGGAL HARAPAN - ZAINAL

Posted by Kerah Lekung on Monday, 5 February 2018

10 TAHUN HARAPAN DIJANJIKAN DAP HANYALAH TINGGAL HARAPAN - ZAINAL .



Isu ‘harapan selama 10 tahun hanya terus tinggal harapan’ akan difokuskan UMNO Pulau Pinang untuk memberi kesedaran kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata parti itu akan menekankan isu itu terhadap rakyat memandangkan rakyat negeri ini terus ditinggalkan dengan harapan serta janji palsu.

“Kami akan tekankan pada PRU ini bagaimana 10 tahun rakyat Pulau Pinang diberi harapan oleh DAP dan sekutunya dan harapan itu sebenarnya tinggal harapan semata-mata, tidak menjadi. Sepuluh tahun berlalu yang menjanjikan pelbagai perkara untuk rakyat tetapi yang mereka (rakyat) terima 10 tahun adalah janji palsu,” katanya selepas Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata tiba masanya rakyat bangkit dan kembali memilih Barisan NasIonal (BN) untuk mentadbir negeri ini sekali gus membela nasib rakyat.

“Kami  akan terangkan kepada rakyat elok balik kepada kerajaan dahulu yang memerintah Pulau Pinang selama 34 tahun, membawa pembangunan, kemakmuran, kebaikan  untuk negeri ini. Elok bagi balik kepada BN untuk memerintah dan mentadbir kerana kami banyak pengalaman daripada DAP dan Pakatan Harapan,” katanya.

Tambah Zainal Abidin, selama 10 tahun Pulau Mutiara ditadbir oleh DAP yang rakyat sendiri dapat menyaksikan huru-hara yang terdapat dalam parti terbabit.

Selain itu katanya rakyat perlu juga menyedari bahawa parti-parti seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  dan Amanah tidak bersuara lantang dalam menjaga kebajikan rakyat terutama  golongan bumiputera.

“Kami kecewa kerana banyak isu-isu yang berlaku di negeri ini tetapi parti-parti di bawah pakatan seperti PPBM dan Amanah diam seribu bahasa seolah-olah takut nak bersuara.

“Sepatutnya parti PPBM, Amanah bersuara lantang dan membela nasib orang Pulau Pinang terutama bumiputera. Tapi mereka ini seolah-olah dikunci, mungkin mereka takut kerana mereka terlalu mengharapkan penyokong DAP untuk menyokong mereka dalam pilihan raya ini, ” katanya.

Sementara itu berhubung mesyuarat parti itu, Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang kini fokus kepada persiapan akhir untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14.

“Kami bincang dalam bentuk semua jentera parti bagaimana hendak menguruskan jentera parti, serta bagaimana menguruskan persepsi isu-isu semasa, jadi kami perhalusi secara mendalam dalam mesyuarat hari ini.

“Setakat ini kami berpuas hati dengan gerak kerja yang dilakukan di semua peringkat iaitu peringkat Negeri, Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Cawangan,” katanya yang menambah UMNO Pulau Pinang kekal bertanding di kerusi sebelum ini iaitu lima kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN.

Berhubung kerjasama dengan parti komponen BN, Zainal Abidin berkata kerjasama antara semua parti sentiasa erat dan semua parti bersatu hati serta tiada masalah dalaman.

Sumber asal: 10 TAHUN HARAPAN DIJANJIKAN DAP HANYALAH TINGGAL HARAPAN - ZAINAL

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment