Projek pasir Selangor: Chegubard jumpa SPRM...

Posted by Kerah Lekung on Saturday 27 January 2018

Projek pasir Selangor: Chegubard jumpa SPRM....
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyerahkan dokumen hampir 300 muka surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sindiket yang terlibat dalam penyelewengan dan penipuan untuk mendapatkan tender projek perlombongan pasir di Selangor.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata dokumen itu terdiri daripada dokumen perjanjian, surat tawaran, gambar-gambar berkaitan, dokumen transaksi bank, salinan laporan polis dan juga surat akuan bersumpah yang terlibat mendedahkan kegiatan itu.

Dalam laporan SPRM itu, beliau menamakan empat individu yang dipercayai memalsukan surat kerajaan negeri, pelbagai agensi dan pihak berkuasa dalam kelulusan tender perlombongan pasir.

“Berdasarkan jumlah dokumen yang dikumpul, kami menjangkakan sindiket itu memperdayakan orang ramai dan mengaut keuntungan melebihi RM500,000 komisen daripada aktiviti ini,” katanya ketika ditemui sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap SPRM akan melakukan siasatan dan tindakan segera berhubung rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan kedudukan yang berlaku.

Sumber asal: Projek pasir Selangor: Chegubard jumpa SPRM...

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment