Setelah puas menjadikan PAS sebagai bahan belasahan mereka, PKR kini beralih pula sasaran mereka kepada PAN dengan menyingkirkan parti itu dari Jawatankuasa Rundingan Kerusi.
Namun, seperti mana biasa, dakwaan yang dibangkitkan oleh PAN itu dinafikan oleh pimpinan PKR dengan memberikan gambaran seolah - olah parti itu cuba untuk menipu rakyat.
Antara lain, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PKR Selangor, Si Zuraidah Mak Lampir tu menyatakan bahawa dakwaan yang dibuat oleh PAN Selangor sebelum ini adalah tidak benar.
Sebaliknya, Si Mak Lampir tu menegaskan bahawa rundingan berkaitan dengan kerusi Pilihan Raya dikalangan puak Pakatan di Selangor sudah diadakan sebanyak empat kali sebelum ini.
“Pakatan Harapan Selangor yang diterajui oleh PKR kini sedang dalam proses rundingan kerusi bagi peringkat Dewan Undangan Negeri untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang,” katanya dipetik Malaysiakini.
Semalam, pemimpin PAN mendakwa Pakatan Selangor masih tidak mengadakan sebarang rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor, walaupun tarikh akhir penyerahan adalah 31 Januari.
Selain itu dakwanya, jawatankuasa khas Pakatan untuk berunding mengenai pembahagian kerusi untuk empat parti gabungan pembangkan itu turut belum ditubuhkan sehingga ke hari ini.
Dari satu sudut, dakwaan PAN itu secara tidak lansung dilihat seolah - olah membenarkan khabar angin kononnya Rejim Pakatan pimpinan PKR masih berunding soal agihan kerusi dengan PAS.
Dalam satu laporan yang didedahkan sebelum ini, PKR didakwa sedang mengatur strategi dengan PAS tanpa sebarang pengetahuan dari gabungan Pakatan Haprak itu secara tersembunyi.
Kemungkinan besar, perkara itu dapat dihidu oleh kepimpinan PAN sehingga menyebabkan mereka membuat dakwaan kononnya PKR cuba meminggirkan mereka dari rundingan berkaitan dengan pembahagian kerusi di Selangor!!!
Sumber asal: SELEPAS PAS, PAN PULAK JADI MUSUH PKR!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment