Jangan sibuk jadikan kerusi Parlimen Ayer Hitam sebagai kayu ukur ke Putrajaya...

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 31 January 2018

Jangan sibuk jadikan kerusi Parlimen Ayer Hitam sebagai kayu ukur ke Putrajaya....
Langkah pembangkang menjadikan kerusi parlimen Ayer Hitam di Johor sebagai kayu ukur kejayaan mereka sebelum merampas Putrajaya adalah tindakan terdesak untuk meraih simpati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata  Pakatan Harapan (PH) sepatutnya tidak perlu berbuat demikian jika benar-benar yakin bahawa kemenangan itu akan berpihak kepada mereka.

“Kalau mereka betul yakin akan boleh rampas Putrajaya nanti, tak payah la sibuk untuk buat Ayer Hitam sebagai kayu ukur mereka. Tunggu sahaja hari kemenangan mereka.

“Tapi kenapa mereka lakukan semua ini? Sebab mereka terdesak untuk yakinkan pengundi mereka. Nak naikkan semangat mereka sahaja, ” katanya yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam kepada BNBBC. My portal Isnin.

Ka Siong mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Ahad yang membayangkan bahawa kerusi Ayer Hitam bakal menjadi kayu ukur bagi PH untuk merebut Putrajaya dan Johor pada pilihan raya umum akan datang.

DAP dilaporkan  bersetuju meminjamkan kerusi berkenaan kepada Parti Amanah (PAN) yang dijangka meletakkan calon terkuat mereka.

Antara nama yang disebut-sebut  adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Dr Hatta Ramli.

Bagainanapun Ka Siong yang menyandang kerusi Ayer Hitam sejak 2004 secara ringkasnya berkata beliau amat mengenali masyarakat di situ yang tidak menyukai pemimpin bermusim sekaligus tidak menunjukkan keikhlasan dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menyindir kenyataan Kit Siang yang disifatkan sebagai taktik untuk mengalih pandangan orang ramai daripada isu pembinaan terowong oleh Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui anaknya, Lim Guan Eng.

“Pada saya mereka hanya cuba untuk mengalih pandangan orang ramai terhadap isu sebenar.

“Saya sebelum ini mengkritik kuat tentang isu terowong di Pulau Pinang, jadi ini lah taktik mereka,” katanya lagi.

Terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di George Town dan Bagan Ajam di Butterworth. Pembinaannya dijadualkan bermula 2023.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan beberapa individu termasuk bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan dalam projek berkenaan.

Sumber asal: Jangan sibuk jadikan kerusi Parlimen Ayer Hitam sebagai kayu ukur ke Putrajaya...

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment