KUANTAN: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliaulah yang paling terkesan, terguris dengan segala tingkah laku Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keluarganya selama ini.
Namun demi perjuangan menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN), beliau sanggup 'move on' dan menerima pencalonan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).
Justeru Wan Azizah berkata penyokong PH juga harus berbuat demikian.
“Kita sepakat memilih Tun (Dr Mahathir) kerana faktor yang dimiliki beliau selama 22 tahun sebagai perdana menteri.
“Kalau ikutkan emosi atau perasan terguris dengan apa berlaku sebelum ini, saya adalah paling terjejas teruk.
“Tetapi, kita kena ‘move on’ kerana paling penting adalah masa depan negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Konvensyen PH Pahang 2018.
Wan Azizah berkata demikian mengulas Kempen #UndiRosak yang dilancarkan di laman internet sebaik sahaja PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang jika menang pilihan raya kelak.
Pun begitu, Waz Azizah yakin kempen berkenaan tidak akan menjejaskan sokongan terhadap PH oleh kerana ia bukanlah satu gerakan yang begitu dominan hingga boleh mempengaruhi keputusan PRU.

Sumber asal: Wan Azizah dakwa beliau paling terkesan, terguris dengan Dr Mahathir
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment