Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, petang semalam, kerana disyaki menerima suapan daripada syarikat pembinaan.
Sumber berkata, suspek berusia 43 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit sejak 2015 ketika bertugas di Stesen Timbang JPJ Kuala Selangor.
Katanya, suspek menerima wang suapan secara bulanan, antara RM100 hingga RM300 daripada dua syarikat sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Suspek ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang, kira-kira jam 2 petang tadi.
“Selain pegawai JPJ itu, SPRM turut menahan tiga individu, masing-masing berusia 41 tahun, 45 tahun dan 30 tahun, di antara jam 2.30 petang hingga 4.45 petang tadi, dipercayai turut terbabit menerima suapan,” katanya.
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, mengesahkan tangkapan berkenaan.
“Semua suspek akan direman esok pagi di Mahkamah Majistret Klang,” katanya.

Sumber asal: SYABAS SPRM !!!! TAHAN PEGAWAI JPJ SELANGOR
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment