Najib buli PAS di Kelantan, kata Husam
mk Hari ini, 12:31 pm
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Muda membidas lontaran janji Perdana Menteri di hadapan orang ramai untuk memberi peruntukan tambahan kepada negeri Kelantan.
"Beri wang, kemudian ungkit, itu buli namanya.
"Apa lagi diungkit depan khalayak ramai. Sangat kurang sopan. Dilarang oleh Islam," kata Husam dalam suatu kenyataan media hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu juga berkata hak mendapatkan peruntukan tambahan dijamin perlembagaan.
"Jika Kelantan atau mana-mana negeri mengalami kurangan dalam belanja mengurus, iaitu bayaran gaji dan emolumen, kerajaan pusat wajib menampung," katanya.
Husam menyifatkan ucapan Datuk Seri Najib Razak yang mengungkit bantuan persekutuan itu bertujuan untuk memalukan kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Besar.
"Nafkah wajib tak perlu diungkit.
"Kalau nak ungkit, ungkit masa MB Kelantan datang jumpa tambah peruntukan.
"Bukan depan rakyat jelata kerana nak malukan MB dan Kerajaan Pas Kelantan," katanya lagi.
Semalam, Najib mengadakan lawatan sehari ke Kelantan. Dalam suatu majlis 'Sepetang Bersama NGO Kelantan' di Kota Bharu itu, Malaysiakini melaporkan Najib berkata tidak sanggup melihat rakyat Kelantan terdera dan dipinggirkan daripada arus pembangunan negara.
Najib juga berkata, selama 22 tahun memerintah hanya RM12.7 bilion disalurkan Mahathir kepada negeri itu.
Sebaliknya kata beliau lagi, sejak 2006 hingga tahun ini kerajaan memperuntukan RM14.69 bilion kepada Kelantan.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan barisan kepimpinan Umno Kelantan.

Sumber asal: Buli atau hina?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment