NURUL IZZAH SAH PINDAH KELUAR DARI LEMBAH PANTAI???

Posted by Kerah Lekung on Monday 29 January 2018

NURUL IZZAH SAH PINDAH KELUAR DARI LEMBAH PANTAI???.
Desas desus berhubung kekosongan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang diwakili oleh Nurul Izzah dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang terus hangat diperkatakan dikalangan rakyat.

Dan yang terbaru, khabar angin mengatakan bahawa tempat Si Nurul Izzah itu akan diganti oleh Fahmi Fadzil yang juga merupakan Ketua AMK Lembah Pantai dalam PRU yang akan datang.

Tambah memalukan ialah apabila Si Nurul Izzah tu sendiri tampil mengakui bahawa kemungkinan untuk dia mengosongkan kerusi Parlimen Lembah Pantai itu memang wujud.
“Sama ada kekal, atau di Johor. Jika saya ke Johor, Fahmi akan ganti. Tapi semuanya belum diputuskan. Tunggu keputusan parti nanti,” katanya kepada Sinar Harian.
Walaupun alasan puak PKR mengatakan bahawa Si Nurul Izzah tu nak memberi laluan kepada muka baru, tetapi alasan itu hanya dianggap sebagai Retorik Politik mereka semata - mata.

Jika benar Si Nurul Izzah tu nak beri laluan kepada orang lain, maka seharusnya dia tidak bertanding lagi dimana - mana kawasan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Tapi malangnya, Si Nurul Izzah tu hanya sekadar berpindah kawasan Parlimen dimana dia tetap akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah itu merupakan satu taktik untuk dia lari dari tanggungjawab dia terhadap pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai yang telah diabaikan sekian lamanya!!!

Sumber asal: NURUL IZZAH SAH PINDAH KELUAR DARI LEMBAH PANTAI???

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment