BANYAK KES 'DALAM KELAMBU' BUAT PAKATAN CUAK!!!

Posted by Kerah Lekung on Monday, 29 January 2018

BANYAK KES 'DALAM KELAMBU' BUAT PAKATAN CUAK!!!.
Bagaikan Takut pada Bayang - Bayang sendiri. Itu perumpamaan yang selayaknya ditujukan kepada puak - puak Pakatan Haprak tu kerana takut nak hantar nama kepada SPRM untuk disaring.

Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak menerima nama calon pilihan raya daripada mana-mana parti pembangkang untuk disaring.  

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM berkata, setakat ini pihaknya hanya sekadar menerima senarai nama daripada Barisan Nasional (BN) yang sudah menghantar beberapa nama.

Bagaimanapun,  Datuk Seri Azam Baki enggan mendedahkan jumlah nama yang diterima mahu pun perkembangan proses tapisan yang telah dilakukan bagi mengelak sebarang spekulasi.
“Terpulanglah kepada mana-mana parti politik yang mahu kami membuat tapisan calon-calon pilihan raya, yang pentingnya kami sedia membantu.
“Kita tidak akan dan tidak pernah bocorkan rahsia kepada mana-mana pihak kerana itu adalah etika dan amanah kami,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di pejabat SPRM negeri di sini hari ini.
Secara tidak lansung, perkara itu menimbulkan persepsi dikalangan rakyat terhadap integriti puak Pakatan Haprak tu sendiri. Kenapa diorang takut nak serahkan nama kepada SPRM?

Adakah kerana puak Pakatan Haprak tu sememangnya ada menyimpan rahsia "Jerangkung Dalam Almari" yang sengaja disembunyikan? Kalau takde, kenapa diorang enggan serahkan nama?

Walau apa pun alasan yang diberikan, tindakan puak Pakatan Haprak itu seolah - olah membuktikan bahawa mereka tidak ikhlas dan cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang ramai. Banyak sangat skandal dalam kelambu menyebabkan diorang takut tak tentu arah!!!

Sumber asal: BANYAK KES 'DALAM KELAMBU' BUAT PAKATAN CUAK!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment