TERGAMAK MUKHRIZ HINA NEGARA SENDIRI – ORANG KEDAH

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 31 January 2018

TERGAMAK MUKHRIZ HINA NEGARA SENDIRI – ORANG KEDAH.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah melanggar batas berpolitik apabila sanggup memburuk-burukkan nama negara malah lebih rela mengakui dirinya sebagai warga Brunei.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan itu melambangkan sikap Mukhriz yang tidak patriotik dan pada masa sama, boleh memudaratkan negara.

“Tindakan beliau yang dilihat mempunyai kecenderungan mensabotaj negara ini adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

“Pemuda UMNO memahami dan sedia maklum kebencian Mukhriz terhadap kepemimpinan negara, namun kenyataan beliau yang sanggup mengaku sebagai warganegara lain adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, Mukhriz seharusnya sedar ada batasan tertentu dalam berpolitik dan mengelakkan dirinya daripada mengeluarkan kenyataan yang bersifat ekstrem.

“Kami mencabar anak sulung Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membuat penafian secara terbuka bahawa beliau pernah membuat kenyataan tersebut dalam sebuah majlis di Kampung Jernang, Mukim Bakai, Baling,” katanya.

Shaiful Hazizy menambah, walaupun terdapat cubaan oleh pihak tertentu untuk menafikan kenya­taan tersebut dibuat oleh Mukhriz, bukti rakaman video secara jelas menunjukkan bekas Menteri Besar Kedah itu melakukan tindakan yang tidak patriotik itu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan rakyat agar menilai kembali motif serta hala tuju politik Mukhriz yang didakwa telah diracuni dengan modus operandi kempen Pakatan Harapan dike­tuai DAP yang pernah dikutuknya sebelum ini.

“Mukhriz perlu lebih banyak ‘menelaah’ dan ‘membaca’ selain memberi pilihan yang lebih baik kepada rakyat dan bukannya te­rus menabur racun dan mengadu domba,” jelasnya.

Sumber asal: TERGAMAK MUKHRIZ HINA NEGARA SENDIRI – ORANG KEDAH

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment