Pertemuan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan 16 duta negara Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan beliau tidak konsisten dengan pendiriannya ketika bersama kerajaan.
Mengulas perkara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan pertemuan itu dan berkata ketika era pentadbiran Dr Mahathir selaku perdana menteri, beliau marah jika pembangkang melakukan tindakan sedemikian.
“Masa dulu lagi teruk. Dr Mahathir pernah sekat duta dari jumpa dengan menteri walaupun tidak ada pertimbangan politik.
“Pembangkang kata hendak bincang tentang hubungan dua hala dulu dia marah. Sekarang ini dia pula yang buat. Cakap tak serupa bikin,” katanya hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah Sekolah Agama Kerajaan Johor Taman Sri Lambak, Kluang Johor.
Pada Khamis lalu, Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan delegasi EU ke Malaysia di Kuala Lumpur.
Pertemuan dua jam itu turut disertai beberapa pimpinan pembangkang seperti Presiden PAN Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar.
Sumber asal: Kenapa Mahathir jumpa 16 Duta EU?Ada Niat tak baik tu
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment