Kesalahan yang dilakukan oleh Guan Eng dalam mengamalkan dasar kleptokrasi adalah amat berat dan tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Malaysia. Kesalahan yang melibatkan berbillion wang rakyat dirompak secara terancang.
Keluhan hati rakyat dianggap seumpama burung yang berbunyi sahaja, tidak meninggalkan kesan dihati pemimpin chauvanis DAP yang berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor secara dasarnya. Sikap perkauman dan politik kebencian terus menjadi amalan seharian.
Menuding jari kepada pihak lain untuk menutup kesalahan yang dilakukan dimana melibatkan wang rakyat disembunyikan serapat mana yang boleh. Namun rakyat bukan lah sebodoh itu untuk mendiamkan diri apabila kepentingan mereka diabaikan sama sekali.
Rakyat semakin sedar bahawa mereka sebenarnya telah tertipu dengan janji manis yang dibisikkan dicuping telinga mereka sebelum kemenangan DAP dan PKR di Pulau Pinang dan Selangor. Rakyat sedar mereka sudah melakukan kesilapan yang besar dimana telah memberikan sebuah negeri kepada satu kaum yang berfahaman sosialis yang disangkakan amat baik.
Mungkin dalam pilihanraya akan datang ianya memberikan kesedaran bahawa DAP bukan lah pilihan yang terbaik untuk disokong dan ditambah pula dengan kehadiran Mahathir serta rakan sekutu yang dipecatnya pada tahun 1998 dahulu iaitu Anwar Ibrahim.
Kekuatan ini dipergunakan sepenuhnya oleh DAP untuk memecahbelahkan lagi kekuatan perpaduan Melayu agar ianya lebih kecil lagi. Kita sedia maklum bahawa PKR, dan PPBM adalah dari kelompok pemimpin dan penyokong yang sama iaitu dari parti UMNO.
Oleh kerana keinginan dan agenda mereka tidak kesampaian dalam politik, maka perpecahan ini berlaku dan Melayu UMNO ini terus keluar dan menubuhkan satu pasukan penentang dan beranggapan UMNO adalah musuh politik mereka.
Bukan itu sahaja, dari sudut yang lain pula, pergerakan keluar UMNO adalah untuk menutup setiap kesalahan tingkah laku yang dilakukan iaitu dengan melakukan penyelewengan dana rakyat sehingga ianya melibatkan kepentingan rakyat terabai sama sekali.
Persengkokolan Mahathir, Anwar dalam politik DAP merupakan satu malapetaka bagi bangsa Melayu khususnya, Ini adalah kerana gerakan yang mereka lakukan sekarang bukan sahaja telah memecahkan Melayu malah sehingga sanggup mengkhianat ekonomi Negara sendiri.
Pengkhianatan terhadap Negara bukan baharu ini sahaja dilakukan, malah ianya telah dilakukan tanpa ada satu tindakan sistem perundangan yang ketat dan berat untuk menghalangnya. Pembangkang menggunakan sepenuhnya amalan Hak asasi yang dibawa oeh barat untuk mengubah acuan ketimuran dalam Negara ini.
Sebagaimana yang banyak diperkatakan oleh veteran UMNO bahawa menghalang tindakan Mahathir adalah malapetaka bagi kerajaan. Ini adalah kerana Mahathir dikatakan sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan hasratnya tercapai tanpa mempedulikan nasib rakyat.
Sehingga ada yang mengkiaskan bahawa Mahathir sanggup menukar langit sekali pun jika dihalang. Ianya bermaksud dalam apa keadaan sekali pun Mahathir mahukan kuasa yang mampu dia melakukan apa sahaja
Hal ini dapat dibuktikan dengan tindakannya baru baru ini dimana Mahathir dan bersama sama dengan pemimpin pakatan yang lain telah mengadakan lawatan sokongan politik ke Negara Eropah untuk memberikan tekanan terhadap ekonomi Malaysia.
Pengkhianatan yang dilakukan oleh Mahathir ialah bersepakat dengan Kesatuan Eropah dalam memberikan tekanan terhadap Malaysia iaitu larangan menggunakan minyak sawit dari Malaysia. Tindakan ini sekali gus menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir dalam percaturan politiknya.
Untuk rekod, Malaysia merupakan negara kedua terbesar pengeluaran minyak kelapa sawit selepas Indonesia dan kedua-dua negara ini menghasilkan hampir 90% output dunia dan 60% eksport minyak kelapa sawit Malaysia adalah ke negara Eropah.
Sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini, Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dirinya dan bukan memikirkan nasib rakyat di Malaysia. Betapa hitamnya hati seorang bekas Perdana Menteri ini.
Secara tidak langsung larangan dan kesepakatan Mahathir dengan kesatuan Eropah ini sekali gus akan menjejaskan seramai 219,452 peladang sawit persendirian (smallholders) di seluruh negara dan hampir 650,000 peladang sawit secara keseluruhan.
Apakah dengan tindakan yang dilakukan ini bersesuaian dengan slogan yang dilaungkan kepada rakyat luar Bandar dan anak muda dimana untuk “Selamatkan Malaysia”,sedangkan pada masa yang sama Mahathir sedang membakar Negara ini.
Ini lah penyakit yang dihadapi oleh pemimpin pembangkang sekarang, dimana mereka tidak pedulikan semuanya , perkara utama ialah bagaimana untuk kaya dan merompak wang Negara dalam apa cara sekali pun.
Penyakit yang mana mereka ini sedang ketakutan apabila jika semua tindakan dan usaha mereka selama ini akan menemui jalan buntu dan tidak mendapat sokongan rakyat. Fitnah dan mensabotaj ekonomi dilakukan.
Baru baru ini pemimpin pembangkang cuba melakukan hasutan terhadap rakyat berkaitan dengan proses pembuangan undi dan menyarankan agar undi rosak dilakukan jika tidak dapat menyokong Pakatan harapan.
Undi rosak ini adalah bertujuan untuk mengurangkan majoriti pihak kerajaan dan memberikan keseimbangan kepada keputusan pilihanraya nanti. Cadangan undi rosak ini telah diciplak dari pemilihan calon Presiden US yang lalu.
Donald Trump telah mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah membuang undi dan melakukan undi rosak yang mana telah memberikan kemenangan kepada nya. Kaedah ini sedang dipraktikkan oleh pihak pembangkang sekarang.
Sasaran undi rosak ini bukan disarankan kepada anak muda berbangsa Cina oleh DAP atau Pakatan harapan, tetapi ianya disarankan kepada pengundi Melayu yang amat mudah dihasut dengan berbagai cerita asalkan tidak mengundi PPBM dalam pilihanraya akan datang.
Salah satu sebab kenapa undi rosak diwujudkan adalah kerana penyokong reformasi ini tidak berpuas hati selepas Mahathir dipilih sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan.
Sedangkan semasa zaman reformasi, mereka inilah yang sanggup turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi menentang Mahathir, yang telah memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.
Protes terhadap pencalonan Mahathir itu bukan hanya dilakukan oleh penyokong reformasi malah ada pemimpin dalam PH sendiri yang membantah pemilihan pengerusi Pakatan Harapan itu sebagai calon Perdana Menteri.
pru14.tv

Sumber asal: Mahathir Mengkhianati Peneroka FELDA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment