Agenda Daily - Tengku Razaleigh buka cerita…PM kata tak ada kerjasama BN-PAS untuk PRU14

Posted by Kerah Lekung on Monday, 29 January 2018

Agenda Daily - Tengku Razaleigh buka cerita…PM kata tak ada kerjasama BN-PAS untuk PRU14.
Bagi yang kaki putar konon adanya kerjasama BN dan PAS untuk pilihanraya umum ke 14…sila dengar sendiri apa kata otai UMNO Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang ini tidak berdolak dalik memberi jawapan pada isu itu.

Katanya beliau telah adakan pertemuan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Perdana Menteri di rumahnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Saya secara terbuka bertanyakan kepada Perdana Menteri berhubung kerjasama dengan PAS, Najib menjawab tidak ada," katanya.
Katanya BN bukan saja tidak akan bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU 14 malah BN negeri ini sudah mendapat lampu hijau daripada Perdana Menteri untuk menentang PAS habis-habisan.
Beliau menilai pendirian ini memberi jaminan terbaik untuk BN merampas semula pemerintahan kerajaan negeri Kelantan daripada PAS.

Tengku Razaleigh menyatakan demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Jalinan Rakyat (JR) Plus peringkat Parlimen Gua Musang di Bukit Cekati, di Gua Musang Jumaat.

Beliau yakin rakyat mengharapkan perubahan kerana selama ini terdapat banyak halangan.

Katanya banyak masalah di Kelantan dapat diselesaikan apabila dapat diperintah oleh BN.

Kebelakangan ini puak pakatan pembangkang memang rancak putar cerita kononnya BN dan PAS sedang bermesra untuk PRU14.

Sebaliknya kedua pimpinan BN dan PAS tidak pernah kata akan berkerjasama dari segi politik kecuali hal-hal kepentingan bersama melibatkan agama dan sebagainya seperti isu Palestin dan Rohingya.

Ramai pemerhati percaya dakyah ini sengaja disebar untuk cetuskan kekeliruan dikalangan ahli kedua parti dan juga rakyat.

Pengerusi pakatan pembangkang Datuk Dr Mahathir Mohamad kebelakangan ini berulangkali mendakwa di ceramah dan kenyataan bahawa PAS sengaja nak kacau daun untuk mewujudkan pertandingan tiga penjuru bagi membantu BN menang.

Sumber asal: Agenda Daily - Tengku Razaleigh buka cerita…PM kata tak ada kerjasama BN-PAS untuk PRU14

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment