Demikian kenyataan yang dibuat oleh Presiden PKR, Wan Azizah terhadap pengikut - pengikut parti itu yang enggan berganjak dari pendirian mereka untuk meneruskan kempen #UndiRosak.
Antara lain, Wan Azizah mendakwa, dia lebih banyak terkesan serta terguris dari kezaliman dan kekejaman yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebelum ini.
“Kita sepakat memilih Tun (Dr Mahathir) kerana faktor yang dimiliki beliau selama 22 tahun sebagai perdana menteri.
“Kalau ikutkan emosi atau perasan terguris dengan apa berlaku sebelum ini, saya adalah paling terjejas teruk. Tetapi, kita kena ‘move on’ kerana paling penting adalah masa depan negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Konvensyen PH Pahang 2018.
Kenyataan Wan Azizah itu dibuat bagi mengulas kempen #UndiRosak yang dilancarkan sebaik sahaja Pakatan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri secara terbuka sebelum ini.
Dari satu sudut, kenyataan Wan Azizah itu membuktikan bahawa kempen #UndiRosak yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini berpunca dari pengikut - pengikut Pakatan Haprak tu sendiri.
Bagi sesetengah pihak, kempen tersebut merupakan manifestasi pengikut PKR yang kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang telah mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Ianya jelas bertentangan dengan dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir yang sebelum ini menyatakan bahawa kempen #UndiRosak itu merupakan propaganda Barisan Nasional semata - mata.
Hakikatnya, kempen #UndiRosak itu adalah luahan rasa kecewa pengikut - pengikut PKR yang tidak bersetuju dengan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak.
Sebaliknya, mereka membuat tuntutan agar pencalonan itu ditarik balik dan nama pemimpin dari kalangan PKR sendiri dipilih untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya puak Pakatan Haprak tu berjaya menawan Putrajaya dalam PRU yang akan datang!!!
Sumber asal: WAN AZIZAH KECEWA PENGIKUT ENGGAN "MOVE ON"!!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment