PAN TURUT ‘MENIKUS’ DI NEGERI KEDAH

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 27 January 2018

PAN TURUT ‘MENIKUS’ DI NEGERI KEDAH.
PARLIMEN Pendang sepatutnya ditandingi PAN melihat kepada kerusi itu yang pernah dimenangi Pas malah tidak dapat dinafikan berbanding dengan sekutu lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PAN lebih kuat di situ.

Namun akhirnya, PAN terpaksa menyerahkan Pendang kepada PPBM.

Tetapi apa yang lebih malang demi untuk memenangkan hati PPBM, PAN yang kini dilihat terpaksa berhempas pulas mengatur strategi di kawasan itu.

Itu termasuk menggunakan taktik licik apabila cuba merampas pengundi Pas di kawasan tersebut melihat kepada kecenderungan parti itu berkunjung dan membawa pemimpin Pakatan Harapan termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad ke situ untuk berceramah.

Kawasan yang menjadi tumpuan adalah peti undi yang dimenangi oleh Pas pada pilihan raya umum sebelum ini.

Apa yang pasti taktik tersebut terpaksa digunakan setelah PPBM mahupun PAN gagal untuk mempengaruhi pengundi lain yang jelasnya masih memberi sokongan padu kepada UMNO melalui penyandangnya, Datuk Othman Abdul.

Ahli Parlimen Pendang itu dalam satu kenyataannya semalam memberitahu, UMNO Bahagian Pendang tidak goyah walaupun pemimpin pembangkang sering menghamburkan kata nista dalam siri ceramah mereka di kawasan tersebut.

Kembali kepada PAN, sesuatu yang pasti mereka terpaksa berpuas hati dengan pembahagian tiga kerusi daripada 15 Parlimen di Kedah termasuk di kawasan kubu Barisan Nasional termasuk Padang Terap yang pasti menjerat leher sendiri kelak.

Barangkali ini yang dikatakan kifarah untuk PAN yang memberontak dan memusuhi Pas namun kehilangan apa yang diinginkan gara-gara sikap menikus mereka sendiri.
– Utusan Online

Sumber asal: PAN TURUT ‘MENIKUS’ DI NEGERI KEDAH

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment