GUAN ENG SEBENARNYA YANG MAIN SARKAS POLITIK DALAM TEROWONG DAP

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 27 January 2018

GUAN ENG SEBENARNYA YANG MAIN SARKAS POLITIK DALAM TEROWONG DAP .


Tindak tanduk Ketua Menteri Guan Eng dalam menjawab isu  projek kontroversi terowong dasar laut jelas semakin parah dan memalukan rakyat negeri ini .

Menuduh parti BN Pulau Pinang sebagai Sarkas politik dan tidak melayan sebarang desakan jelas mendedahkan lagi tembelang sebenar ketelusan pemimpin parti DAP .   

Dulu ketika isu tanah FELDA di Jalam Semarak , merekalah yang awal menembak  dan mendesak  PM perlu bertanggungjawab tetapi bila membabitkan skandal yang turut disiasat menunjukkan sikap sebaliknya . 

Ini menunjukan betapa  hipokrit pemimpin DAP termasuk juga Rafizi Ramli dan Tony Pua yang langsung tidak bercakap tentang kontroversi projek terowong ini  yang terpalit  penyelewengan . 





PULAU PINANG – Penjelasan berbeza oleh wakil Keraja­an DAP Pulau Pinang dan Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kontroversi projek terowong da­sar laut menunjukkan mereka ki­ni berada dalam keadaan ter­desak.

Ketua Pemuda UMNO ne­geri, Rafizal Abd. Rahim berkata, Guan Eng seharusnya menjawab persoalan yang dibangkitkan Barisan Nasional (BN), bukan mempersendakan perkara itu.

Secara sinis Rafizal berkata, beliau memahami Guan Eng kini berada dalam keadaan tertekan termasuk isu pemilikan banglo­nya yang akan dibicarakan di mahkamah pada Mac ini.

“Ketua Menteri terperangkap dengan wayang ciptaan beliau sendiri, jadi jawapan paling mudah adalah mempersendakan pihak lain sedangkan keutamaan seharusnya menjawab isu dibangkitkan,” katanya kepada pemberi­ta di sini hari ini.

Rafizal mengulas kenyataan Guan Eng semalam yang mendakwa kononnya BN menjadikan isu terowong sebagai `sarkas politik’ sekali gus tidak mahu melayan perkara yang dibangkitkan itu.

Mengulas lanjut Rafizal berkata, beliau dan rakyat negeri ini berharap siasatan yang sedang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi jawapan tepat berhubung isu itu.

“Siasatan (penyelewengan projek terowong dasar laut) sedang berjalan lancar, jadi kita akan lihat nanti siapa badut sebenarnya dan siapa pula yang bermain sarkas,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda BN negeri, Hng Chee Wey berkata, kenyataan berbeza yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang tentang projek berkenaan semakin mengelirukan rakyat negeri ini.

Lebih menghairankan kata beliau, kenyataan itu dibuat menerusi platform yang sepatutnya diyakini seperti laman web Ke­tua Menteri, kerajaan negeri dan jawapan yang diberikan oleh wakil kerajaan ne­geri dalam sidang Dewan Unda­ngan Negeri (DUN). - Utusan Online

Sumber asal: GUAN ENG SEBENARNYA YANG MAIN SARKAS POLITIK DALAM TEROWONG DAP

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment