SIAPA PUNCA KEMPEN #UNDIROSAK???

Posted by Kerah Lekung on Sunday 28 January 2018

SIAPA PUNCA KEMPEN #UNDIROSAK???.
Itu persoalannya. Adakah kempen #UndiRosak itu dibuat kerana rakyat tak suka pada Datuk Seri Najib? Kot kalau sebelum ini pun, puak pembangkang tak buat kempen sedemikian.

Begitu juga dengan orang Barisan Nasional. Walaupun diorang tak suka pada Si Ketua Penipu tu kerana perangai Haramjadah yang ditonjolkan, tapi takde pulak diorang buat kempen tersebut.

Tapi kenapa hari ini, kempen #UndiRosak tu diwujudkan? Dan kempen itu dimulakan oleh puak Pakatan Haprak tu sendiri dan bukannya dari dikalangan penyokong Barisan Nasional.

Soalnya sekarang, kenapa kempen #UndiRosak itu diadakan? Adakah kempen itu dibuat untuk menyatakan bantahan terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri? Jawapannya TIDAK!

Adakah kempen itu digerakkan demi membuktikan bahawa Barisan Nasional menolak Pakatan Haprak yang diketuai oleh DAPigs? Juga jawapan yang diberikan adalah TIDAK!

Sebaliknya, kempen #UndiRosak itu wujud kerana puak Pakatan Haprak tu nak menzahirkan rasa kurang senang serta ketidak-puasan hati mereka terhadap pencalonan Tun Mahathir sebagai PM.

Itu hakikatnya! Itu realiti yang perlu diterima oleh gabungan Pakatan Haprak tu! Penyokong mereka sendiri tidak menerima kehadiran Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

Pokok pangkalnya, kempen #UndiRosak itu merupakan satu manifestasi pengikut - pengikut Pakatan Haprak yang menolak pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan.

Mesejnya cukup jelas, terang dan nyata. Malahan Tun Mahathir sendiri perlu menerima hakikat bahawa pengikut puak Pakatan Haprak tu tidak mahu dia menjadi pemimpin mereka secara terbuka. Maka sebab itu diorang lancarkan kempen #UndiRosak tu!!!

Sumber asal: SIAPA PUNCA KEMPEN #UNDIROSAK???

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment