KUALA LUMPUR, 29 Dis – “Kasihan. Kasihan. Kasihan”…. itulah perasaan yang ingin dikongsikan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor apabila mengenang nasib bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika negara di ambang PRU14.
Jelasnya daripada menduduki kerusi TPM tidak lama dahulu dan disebut-sebut untuk menjadi Perdana Menteri (PM) sekitar hujung tahun lalu, kini nama Muhyiddin terus lenyap begitu sahaja daripada senarai calon di kalangan pembangkang untuk jadi PM.
“Yang disebut hanya nama Tun Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja, manakala jawatan TPM sudahpun disi oleh isteri Anwar atau parti lain dalam pakatan pembangkang.
“Kalau setakat nak jadi menteri kanan, tak berbaloilah tindakan Muhyiddin untuk menentang Datuk Seri Najib Razak kerana itu bukan janji Mahathir ketika Muhyiddin bersama menubuhkan parti bunga bersamanya dahulu”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.
Justeru tambah beliau buat rakyat, renung-renungkanlah nasib negara ini jika pembangkang mendapat undi mereka pada PRU14, siapa nak jadi PM pun susah hendak tentukan, apatah lagi untuk menguruskan negara.
“Sebelum menang, memang pembangkang boleh janjikan bulan dan bintang, tetapi jika dok sibuk berebut sapa nak jadi PM, siapa pula akan uruskan hal ehwal dalamam dan luaran negara, belum masuk lagi bab ekonomi yang cukup mencabar”, ujarnya. –MediaUMNO

Sumber asal: “Kasihan.. Kasihan.. Kasihan… Dari Jawatan PM Hingga Jawatan TPM Pun Muhyiddin Terlepas”
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment