SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung desas desus kemungkinan namanya tidak disenaraikan oleh DAP sebagai calon untuk bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
"Saya tiada komen," katanya berkali-kali kepada Antarapos.
Tan terdahulu ditanya mengenai laporan sebuah portal yang memetik sumber dalaman DAP, yang mendedahkan kemungkinan dirinya tidak lagi dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Kepong pada pilihan raya akan datang.
Sumber portal itu berkata, tempat beliau akan digantikan dengan bekas exco Selangor, Ronnie Liu atau Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming.
Liu, bekas ADUN Pandamaran, merupakan antara pemimpin yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada pemilihan semula parti yang berlangsung November lalu. Liu menduduki tempat ke-17 apabila memperoleh 688 undi.
Sementara itu, Ong yang juga ahli Parlimen Serdang pula disebut-sebut akan diturunkan di Kepong sebagai persediaan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan syor persempadanan semula, yang mana kerusi Serdang mungkin dinamakan Bangi dan menjadi kawasan majoriti pengundi Melayu.
Malah sumber itu berkata, zaman Tan kini sudah berakhir.
Ketika ditanya sama ada beliau masih mahu mempertahankan kerusi Kepong, ini jawapan beliau.
"Saya tak tahu lagi. Saya masih aktif (di Kepong)," katanya ringkas.
Tan, 75, mewakili kerusi Kepong sejak empat dekad lalu. Pada PRU13, Tan memperoleh 47,837 undi menewaskan calon BN dan Bebas, sekaligus memperoleh majoriti terbesar sejak kemenangan pertamanya pada 1978, dengan 40,307 majoriti undi.
Sejak kebelakangan ini, beliau dilihat lantang mempersoalkan kepimpinan DAP.
Antaranya, beliau mengkritik kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP kerana mengabaikan isu alam sekitar dalam meluluskan projek pembangunan
Jun lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat pendedahan mengejutkan mengenai Tan yang dakwanya tidak menghubungi pemimpin parti sejak awal tahun ini.
Pada pemilihan semula CEC bulan lalu, bekas Naib Pengerusi DAP itu hanya memperoleh 174 undi.

Sumber asal: "Digugur calon PRU": Pemimpin DAP kunci mulut
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment