Akhirnya setelah 15 bulan ditubuhkan, PPBM mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) pertamanya di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.
Difahamkan perhimpunan agung itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan hanya diumumkan pada 22 Disember lalu oleh Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sebelum itu PPBM telah diberi amaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bahawa parti itu mungkin tidak dapat bertanding pada pada PRU ke-14 akan datang kerana masih gagal mengadakan mesyuarat agung pertama parti itu.
Tepat jam 10.30 pagi Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad melangkah masuk ke dewan perhimpunan diiringi oleh Muhyiddin dan Mukhriz.
Turut hadir ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan seperti Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAN Mohamad Sabu dan Pengerusi DAP Tan Kok Wai.
Pengerusi Tetap PPBM yang baru dilantik Datuk Shariff Omar (atas) pada Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Shah Alam
Seramai 941 perwakilan PPBM telah hadir daripada 983 yang layak hadir pada perhimpunan itu.
Kemudian Ketua Bahagian PPBM Tasek Gelugor, Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Shariff Omar telah dipilih sebulat suara oleh perwakilan menjadi Pengerusi Tetap perhimpunan agung itu.
Proses pemilihan itu telah dikendalikan oleh Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shaharuddin Md Salleh.

Sumber asal: Takut tak dapat bertanding PRU, PPBM laksana AGM
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment