Ringgit Tertinggi Sejak Mac 2016 - Mahathir Meroyan?.
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Ringgit mengukuh ke tahap tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak Ogos 2016 didorong oleh harga minyak mentah dunia yang lebih tinggi.
Mata wang berkenaan menokok kira-kira 0.2 peratus kepada 3.998 berbanding dolar AS melepasi tahap psikologi 4.0 awal pagi ini.
Penganalisis Ekonomi Kanan Mizuho Bank, Vishnu Varathan berkata, Malaysia merupakan satu daripada negara yang mendapat manfaat menerusi peningkatan harga minyak global.
Advertisement
“Terdapat beberapa faktor yang memberi kesan kepada pengukuhan nilai ringgit, pemangkin terbaharu semestinya lonjakan harga minyak yang tinggi ditambah pula kadar dolar AS yang sedikit lemah,” katanya.
Disember lalu, Bank Dunia menaikkan anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kepada 5.8 peratus, disokong oleh permintaan domestik yang semakin meningkat dan pasaran buruh yang lebih baik. - REUTERS
K7L : Melompat puak bunga sebab Malaysia makin maju..
Sumber asal: Ringgit Tertinggi Sejak Mac 2016 - Mahathir Meroyan?
Home » Keris Tujuh Lok » Ringgit Tertinggi Sejak Mac 2016 - Mahathir Meroyan?
Ringgit Tertinggi Sejak Mac 2016 - Mahathir Meroyan?
Posted by Kerah Lekung on Sunday, 7 January 2018
Labels:
Keris Tujuh Lok
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment