Ringgit Semakin Kukuh Berbanding Dolar AS...Terrrr 3.8 sekarang ni

Posted by Kerah Lekung on Saturday 27 January 2018

Ringgit Semakin Kukuh Berbanding Dolar AS...Terrrr 3.8 sekarang ni.
KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya apabila ditutup tinggi pada petang Khamis berbanding dolar Amerika Syariat (AS), kata peniaga.
Dolar AS pula susut kepada paras paling rendah dalam tempoh tiga tahun berbanding mata wang utama lain ekoran ulasan oleh Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin semalam.

Beliau dilaporkan menyambut baik senario penyusutan mata wang kuasa dunia itu memandangkan kedudukan tersebut baik untuk perdagangan serta peluang lain untuk AS sendiri.

Pada jam 5 petang hari ini, ringgit dinyatakan Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada paras 3.8950/8980 berbanding dolar daripada kadar 3.9110/9140 ketika penutupan urus niaga Rabu.

Ketua Pedagang Oanda Corp. bagi rantau Asia Pasifik, Stephen Innes berkata kedudukan itu menunjukkan pergolakan dolar AS sendiri berbanding pasaran pra-Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM.

“Bagaimanapun mata wang tempatan itu disokong oleh kenaikan harga minyak mentah global dan pada masa sama penyusutan kadar dolar AS.

“Sementara itu, pada hari ini ia merupakaan penentuan nilai ringgit berdasarkan kepada keputusan mesyuarat BNM,” kata Innes.

Beliau berkata jika pihak BNM memberi isyarat satu lagi kenaikan kadar untuk 2018, tindakan itu akan mencetuskan situasi menguji penurunan serta-merta ringgit kepada 3.70.

Namun jika BNM membuat satu kenaikan tunggal bagi 2018, pasaran akan menguji paras 3.80 tetapi jika BNM mengambil tindakan memihak kepada kadar faedah rendah, yang mencadangkan tiada kenaikan kadar, ringgit boleh melepasi 4.00, kata Innes.

Data Indeks Harga Pengguna (IHP) semalam yang mencatatkan 3.5 peratus bagi Disember dan 3.7 peratus bagi setahun penuh 2017, berada dalam sasaran inflasi 3-4 peratus bank itu.

Innes berkata BNM masih dijangkakan menaikkan kadar faedah hari ini memandangkan harga minyak yang lebih kukuh akan diterjemahkan sebagai inflasi tinggi pada 2018.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun.

Ia rendah berbanding euro kepada 4.8353/8406 daripada 4.8242/8295 pada Rabu dan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9815/9840 daripada 2.9803/9832.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.5484/5538 daripada 5.5110/5168 tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.5648/5686 daripada 3.5658/5695. – BERNAMA

Sumber asal: Ringgit Semakin Kukuh Berbanding Dolar AS...Terrrr 3.8 sekarang ni

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment