MUKHRIZ MALU MENGAKU RAKYAT MALAYSIA

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 28 January 2018

MUKHRIZ MALU MENGAKU RAKYAT MALAYSIA.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Mahathir malu mengaku dirinya sebagai rakyat Malaysia.

Mukhriz dilaporkan berkata demikian sewaktu program Bersarapan Bersama YB Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang diadakan di Baling, Kedah, pagi tadi.

Portal Sinar Harian melaporkan Mukhriz sebagai berkata demikian sewaktu beliau berada di luar negara dan mengerjakan umrah baru-baru ini.

Menurut portal tersebut lagi, antara sebab Mukhriz berasa malu adalah kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak masalah.

Antara masalah-masalah yang diketahui umum dan menjadi bualan di kalangan cerdik pandai dan cendikiawan universiti seluruh dunia adalah pemerintahan selama 22 tahun bapa beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang ditulis oleh Barry Wain.

Buku berjudul Malaysia Maverick itu diulang cetak beberapa kali dan menjadi "sold out" diseluruh dunia.

Sehingga ke akhir hayatnya, Barry Wain tidak pernah disaman oleh Mahathir berhubung fakta-fakta lengkap dan terperinci tentang amalan rasuah dan penyelewengan di dalam pemerintahannya yang dianggarkan bernilai RM100 billion.

Sumber asal: MUKHRIZ MALU MENGAKU RAKYAT MALAYSIA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment