PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad terus memperlekehkan hasrat PAS dan kali ini beliau melabelkan parti itu sebagai 'angan-angan Mat Jenin' selepas mengumumkan untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang.
Dalam nada sindiran, Dr Mahathir mendakwa parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terlalu bercita-cita tinggi meskipun rekod lampaunya langsung tidak gah.
"Itu angan-angan Mat Jenin. Hebat (cita-cita PAS). Saya rasa dalam sejarah PAS, mereka sentiasa 'rule' negara ini, mereka telah bentuk kerajaan mereka sendiri.
"Kadang-kadang mereka hanya meraih satu kerusi (dalam pilihan raya) tetapi mereka tetap mempunyai cita-cita tinggi," beliau berkata demikian dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.
Pengerusi PPBM itu juga mendakwa tindakan PAS menyertai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang sekadar mahu memecah undi Pakatan Harapan (PH) bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).
"Mereka mahu bertanding di 100 lebih kerusi. Biarlah mereka bertanding sebab matlamat sebenar PAS mengambil bahagian dalam pilihan raya ini adalah untuk memecah undi yang mungkin untuk PH kepada kerajaan.
"Supaya BN akan menang," dakwanya.
Sabtu lalu, Abdul Hadi yang mengesahkan keputusan itu turut menegaskan PAS tidak mahu lagi dilabel sebagai pembangkang yang lemah, sebaliknya mahu menjadi kuasa penentu dalam membentuk kerajaan sendiri atau menyertai pembentukan kerajaan baru.
Justeru PAS mensasarkan untuk menang majoriti mudah pada PRU14 akan datang dengan bertanding di 130 kerusi berbanding 73 kerusi pada PRU13.
Daripada 73 kerusi, PAS memperoleh kemenangan di 21 kerusi.

Sumber asal: Madey Sebenarnya Takut !!!!! 'Itu angan-angan Mat Jenin PAS' - Dr Mahathir
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment