Jangan Mimpilah Madey.....PH nak menang kali ini.Cakap kosong boleh lah.
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamd menyelar sikap segelintir pengguna media sosial yang melancarkan kempen #UndiRosak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Beliau berkata tindakan menjayakan kempen undi rosak di kalangan penyokong PH hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) selain mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Ujar Dr Mahathir lagi, jika agenda menjatuhkan Najib tidak dapat dilakukan, usahanya kembali aktif dalam politik akan sia-sia.
“Ini berfikiran sempit. Kalau kita tidak mahu ubah kerajaan, saya tidak perlu terlibat lagi dalam perkara ini, saya sendiri sudah 92 tahun.
“Kebanyakan orang datang daripada parti sebelah sana iaitu Umno, mereka kata kononnya tidak ada beza di antara PH dan BN, maka jangan ambil bahagian.
“Mereka tahu kalau ramai yang tidak mengundi, ia akan bantu BN capai kemenangan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Terdahulu pengguna media sosial melancarkan kempen #UndiRosak bagi membantah pemilihan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri PH.
Dr Mahathir diumum sebagai calon perdana menteri pembangkang pada Konvensyen PH kali ke-2 di IDCC Shah Alam, 7 Januari lalu.
Datuk Seri Dr Wan Azizah sekadar dinamakan timbalan perdana menteri dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan diangkat menjadi perdana menetri kelapan, selepas PH mengusakan pembebasannya kelak.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, mereka yang menyokong kempen boikot itu terdiri daripada pengundi muda yang jumlahnya tidak sampai 1%.
“Mereka dilahirkan dalam keadaan negara membangun dan tanpa usaha perdana menteri sebelum ini, kita tidak akan capai apa yang kita capai hari ini.
“Tetapi, perdana menteri pada hari ini harus pergi, walaupun saya pernah bersamanya dalam parti sebelum ini, tetapi saya tidak curi duit, tidak tubuhkan 1MDB,” ujarnya.
Dr Mahathir berkata langkah untuk tidak menggalakkan pengundi keluar mengundi turut disokong oleh BN.
Beliau berkata mereka yang memboikot PRU14 “akan menjadi penyokong BN secara tidak langsung”.
Sumber asal: Dr Mahathir dakwa kempen #UndiRosak akan untungkan BN...PH Tetap Kalah Pada PRU Akan Datang
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment