KUALA LUMPUR, 22 Jan – Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata kenyataan seorang bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah ‘merampas’ parti itu daripada presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah perkara memeranjatkan.
Menurut beliau hari ini, bukan sahaja parti berkenaan malah Dr Mahathir telah ‘menakluk’ perkongsian sementara pakatan harapan apabila Pengerusi PPBM itu dicalonkan sebagai bakal perdana menteri sementara mereka.
“Hari ini kita dapat lihat bagaimana pimpinan pakatan harapan yang dulunya musuh politik dan benci kepada Dr Mahathir tetapi hari ini juga mereka ‘tarik hand brake’ terhadap pelbagai serangan yang dihalakan kepada Dr Mahathir sekian lama.
“Tahniah kepada pimpinan pakatan harapan yang hari ini memperlihatkan diri mereka yang benar-benar kecanduan kuasa. Seharusnya perkara ini dilihat dan dinilai secara mendalam bagaimana mereka ini tidak berprinsip semata-mata untuk menjayakan perkongsian sementara itu,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Seorang bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilaporkan mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah ‘merampas’ parti itu daripada presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kamarulzaman Habibur Rahman, yang menjadi anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti sebelum keluar parti pada April lalu, berkata yang pimpinan parti pada mulanya ingin menjadikan Muhyiddin sebagai pemimpin utama parti itu.
“Ketika itu majlis pimpinan tertinggi melihat Muhyiddin yang perlu diketengahkan. Beliau juga mungkin melihat dirinya sendiri sebagai calon perdana menteri. Beliau merupakan bekas timbalan perdana menteri, maka berdasarkan pengalaman beliau yang paling sesuai,” katanya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Samsol yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Johor seterusnya menambah perkongsian sementara menerusi pakatan harapan penuh dengan rasa curiga mencurigai antara satu dengan yang lain.
Atas dasar berkenaanlah katanya lagi rakyat perlu membuat perbandingan dengan apa yang ditonjolkan oleh BN hari ini dalam memastikan kesinambungan kebertanggungjawaban yang berterusan.
“Daripada sudut setiakawan sesama mereka, kita boleh lihat dan boleh nilai sejujur-jujurnya sejauh mana perkongsian sementara itu,” ujarnya. -MediaUMNO

Sumber asal: Bukan Sahaja Muhyiddin Kena ‘Rampas’, Jawatan PM Pakatan Pembangkang Pun Kena Sapu Sekali
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment