Kor Ming jangan angkuh... - Datuk Hamdi

Posted by Kerah Lekung on Friday, 26 January 2018

Kor Ming jangan angkuh... - Datuk Hamdi.
Bekas Adun Pangkalan Bahru, Datuk Hamdi Abu Bakar menganggap kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mahu mengundur diri sekiranya Pakatan Harapan kalah di negeri ini pada PRU 14 sebagai satu kenyataan seorang pemimpin pembangkang yang berbaur takbur.

Sebaliknya Hamdi yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO Perak dan Presiden MAYC  Veteran negeri  mencabar Kor Ming supaya meletakkan jawatan sebagai ADUN sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi pilihanraya nanti.

``Saya memang kenal karektor Kor Ming sejak dia mula berpolitik. . . . jadi Adun Pantai Remis dan dia memang seorang yang sangat takbur.

“jadi hujah atau kenyataan yang dia buat iaitu kalau mereka (PH) tidak memerintah Perak kalau dia (Kor Ming) letak jawatan itu bukan satu kenyataan jujur.

``Itu satu satu takbur dan kita cabar dia... saya sendiri nak ajak rakyat cabar dia dimana dia bertanding kalau menang lepas ini mereka (pembangkang)  akan kalah insyallah mereka akan kalah,'' katanya kepada Agendaily pada Rabu.

Datuk Hamdi juga menganggap kenyataan Kor Ming itu sebagai satu permainan `wayang'.

``Dari  dulu saya kenal dia... dia main wayang..saya dalam Dewan Negeri bahas dengan dia seorang ahli politk yang takbur,'' katanya.

Datuk Hamdi juga optimis BN akan menang dan memerintah Persekutuan Malaysia dan memerintah negeri Perak.

``BN menang insyaallah....ini sandiwara sebelum pilihanraya  ...kalau pembangkang kata dia tak menang dia bertanding buat apa? '' kata Datuk Hamdi.

Nga dalam satu temuramah disiarkan the China Press dipetik berkata, beliau bersedia mengundurdiri daripada arena politik jika pembangkang gagal berkuasa selepas PRU ke14.

Sumber asal: Kor Ming jangan angkuh... - Datuk Hamdi

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment