KENAPA PERMATANG PAUH KINI BUKAN LAGI KAWASAN SELAMAT BUAT PKR ?

Posted by Kerah Lekung on Sunday 28 January 2018

KENAPA PERMATANG PAUH KINI BUKAN LAGI KAWASAN SELAMAT BUAT PKR ? .


Menjelang PRU14 tidak lama lagi , cukup pelik bin ajaib sebab PKR selaku penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selama 18 tahun masih lagi berkira-kira mahu letak siapa calon Parlimen  . 

Tidak seperti PRU13 dahulu , samada Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail atau Nurul Izzah  akan menjadi calon kali ini  masih menjadi tanda tanya . 

Sebab utama ialah kawasan Parlimen dinasti keluarga Anwar kini bukan lagi kawasan selamat bagi mereka selepas PAS keluar dari Pakatan dan bakal bertanding 3 penjuru di sini. Maka sudah tentunya undi penyokong PAS pastinya tidak lagi bersama PKR  yang kini tampil dengan kekuatan sendiri dengan mengharapkan sokongan kuat undi kaum Cina  terus memihak kepada mereka melalui bantuan DAP . 


Selain itu , faktor yang utama juga ialah perubahan  gerak kerja UMNO Permatang Pauh sejak 4 tahun lalu dibawah kepimpinan Datuk Hj Mohd Zaidi Hj Mohd Said .  

Sejak kekalahan PRK Pmtg Pauh pada 2015 ,  pasukan Datuk Zaidi atau sinonim TEAM ZAIDI  menjadi branding cukup kuat dan berpengaruh di Parlimen ini .  

 Waima dari peringkat guru sekolah ,pelajar IPTA   hingga ke tadika ,  jawatankuasa  qaryah masjid hingga ke penggali kubur , semua dapat merasai sumbangan dan kehadiran   kepimpinan UMNO /BN Permatang Pauh bersama rakyat .


Semalam , hari Sabtu penuh jadual Datuk Zaidi  dari pagi sampai ke malam . Ini bukan nak dekat PRU14 baru turun nampak muka seperti pemimpin pembangkang   tetapi sudah 4 tahun   !! 


Pagi tadi bersama ulama dan pelajar tahfiz  Majlis khatam bukhari di madrasah Tahfizul Quran di Mengkuang Titi turut dihadiri bekas YDP MAIPP Datuk Elias Zakaria   , diikuti  walkabout Jom Bantu Rakyat di  3 DUN  , selepas itu pelancaran Jentera JR PLUS  dan sebelah malam pulak bersama qaryah Surau Tg Putus kuliah agama bersama Ustaz Shahul Hamid . 


Melalui gerak kerja seperti , beliau telah membuktikan   inilah ciri-ciri sebenar seorang wakil rakyat yang berkhidmat kepada rakyat !

Bukannya selepas menang , Ahli Parlimen terus jarang di kawasan   dan tinggal di Kuala Lumpur .

Jadi , mungkin sebab inilah PKR masih lagi teragak-agak untuk meletakkan siapa calon tanding di sini sebab mahu cari seat selamat  daripada kalah !! 













Sumber asal: KENAPA PERMATANG PAUH KINI BUKAN LAGI KAWASAN SELAMAT BUAT PKR ?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment