'Ingatkan polis tanya Jho Low, rupanya Siti Hasmah'
mk - Hari ini, 11:15 pm
Siasatan polis terhadap Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berhubung sebuah himpunan wanita mengundang sindiran bekas ketua pengarang New Straits Times, Mustapha Kamil Mohd Janor.
“Tadi saya tengoklah gambar Dr Siti Hasmah itu diambil keterangannya oleh dua orang pegawai polis. Dengarnya Dr Siti Hasmah itu ditanya tentang satu ucapannya di dalam satu perhimpunan beberapa bulan lepas.
“Beliau dan peguamnya jawablah seberapa boleh. Dia kena jawablah sebab undang-undang kita ini bila polis minta keterangan kita kena beri kerjasama walaupun tak semestinya kita dituduh atau ditahan,” katanya melalui Facebook malam tadi.
Mustapha mengaku agak terkejut apabila melihat gambar yang disiarkan media semalam memaparkan isteri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu memberi keterangan kepada polis.
“Masa saya bertugas sebagai wartawan juga amat jarang kami pakai gambarnya (Dr Siti Hasmah) dalam akhbar. Terkejut juga lihat gambarnya beri keterangan pada polis.
“Saya ingatkan Jho Low yang beri keterangan tadi. Orang lain rupanya,” katanya.
Mustapha tidak mengulas secara terperinci berkaitan Jho Low namun beliau dipercayai merujuk kepadal ahli perniagaan Low Thaek Jho yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) sebagai watak utama dalam dakwaan penyelewengan dana 1MDB.
Jarang bersuara
Dalam kenyataan itu, Mustapha turut berkongsi pengalamannya sebagai wartawan yang menggambarkan Dr Siti Hasmah sebagai seorang yang jarang bersuara dan prihatin terhadap petugas media.
“Dia (Dr Siti Hasmah) ini kalau dalam satu delegasi itu kita samakan dengan satu kumpulan muzik, cuma penyanyi latar sahaja. Kadang-kadang saja terdengar suaranya.
“Bila ketibaan suaminya disambut, Dr Siti Hasmah ini jauh tinggal di belakang. Dan apabila sampai pada kami wartawan, kadangkala dia tanya 'bila sampai?' dan 'di sini makan senang ke?'.
“Selalunya, sambutan ketibaan itulah sekali kami nampak Dr Hasmah itu. Di majlis-majlis lain dia tak ada menyibuk,” katanya.
Semalam, polis menyiasat dan merakamkan kenyataan Dr Siti Hasmah berhubung ucapannya pada himpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’di ibu negara pada 10 September tahun lalu.
Beberapa pihak tampil menyatakan kecaman terhadap siasatan polis itu ke atas Dr Siti Hasmah termasuklah bekas menteri Tun Rafidah Aziz.
Menurut Rafidah, Dr Hasmah hanya menyatakan fakta untuk menentang ketidakadilan.
"Dia, kak Hasmah saya, hanya guna hak dan kebebasannya untuk mengatakan apa sebenarnya fakta dan untuk menentang ketidakadilan dalam sebuah perarakan dan perhimpunan wanita.
"Dia tidak melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang Jabatan Keadilan Amerika Syarikat klasifikasikan sebagai kleptokrasi dan (sekarang) dia (Hasmah) disiasat?" kata Rafidah dalam catatan di Facebooknya hari ini.
Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata tindakan pihak berkuasa itu hanya memburukkan imej kerajaan.

Sumber asal: Bukan saja Rafidah, ini pun pedas juga: “Saya ingatkan Jho Low yang beri keterangan tadi. Orang lain rupanya,”
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment