Kantoi… PH Sendiri Boikot PRU Protes Mahathir Jadi PM

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 27 January 2018

Kantoi… PH Sendiri Boikot PRU Protes Mahathir Jadi PM.
TERBONGKAR… Ketika tanda pagar #UndiRosak kini trending dalam kalangan netizen tempatan, rupa-rupanya kempen bodoh itu memang digerakkan anak muda Pakatan Harapan (PH) sendiri.
Kumpulan itu dipercayai sengaja berbuat demikian bagi hasut pengundi muda anti-Barisan Nasional (BN) di negara ini sebagai tanda protes dan kecewa apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diterima masuk menyertai PH.

Keadaan dilihat menyebabkan golongan terbabit terutama di kawasan bandar, menganggap perkembangan politik tanah air akhir-akhir ini sebagai ‘meletihkan’ sekali gus menafikan dakwaan Mahathir yang cuba putar belit isu itu.

Portal propembangkang, Free Malaysia Today dalam laporannya hari ini, memetik kenyataan seorang aktivis, Maryam Lee yang menyebut PH mengecewakan banyak pihak apabila menerima PPBM dalam blok pembangkang.

Selain tidak berpuas hati dengan tawaran PH terutama langkah menamakan Mahathir yang berusia hampir 100 tahun sebagai calon perdana menteri, beliau berkata, ramai anak muda turut tidak berpuas hati dengan tawaran BN.

“Saya tidak mahu Mahathir menjadi perdana menteri seterusnya,” katanya ketika menjadi panel forum ‘Undi Rosak: Kau Nak Apa Sebenarnya’ di ibu negara, malam tadi. Untuk rekod, Mahathir sendiri pernah dikutuk pembangkang.

Ini termasuk dihina teruk dengan gelaran sebagai diktator Maha Firaun kerana corak pemerintahan keras selama 22 tahun beliau sebagai perdana menteri keempat dahulu termasuk memenjarakan ramai tokoh parti pembangkang.

Maryam mendakwa, kempen #UndiRosak yang digerakkan melalui laman sosial terutama Twitter, bukan bertujuan mempengaruhi kepercayaan pengundi, sebaliknya mahu ‘mendidik’ mereka untuk memberi pengajaran kepada PH.

Tanda pagar itu timbul pada 7 Januari lalu selepas Majlis Presiden PH secara rasmi menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri ketujuh jika pembangkang memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Maryam dilaporkan berkata, ia adalah petanda pentadbiran PH mungkin lebih buruk berbanding BN, sekali gus menepis tohmahan jahat Mahathir konon kempen #UndiRosak digerakkan aktif oleh jentera maya pro-BN.

“Pembangkang mahupun BN sama macam budak-budak. Kenapa perlu undi kami? Siapa bekerja untuk siapa? Saya bukan benci politik tetapi benci dengan pimpinan politik yang tidak faham suara anak muda,” katanya.

Pandangan Maryam namun tidak pula dipersetujui pemimpin muda DAP Selangor, Edry Faizal yang menyarankan kempen #UndiBaikBaik kerana gerakan itu membuka jalan kepada BN untuk berkuasa semula tanpa ada pilihan.

“Realiti di Malaysia ialah kerajaan akan ditubuhkan sama ada kita suka atau tidak. Kerajaan ini akan gubal undang-undang dasar, bajet negara dan pada PRU kelak, kita akan terkesan dengan keputusan kerajaan yang ditubuh.

“Kita kena undi. Undi baik-baik dan pertimbang siapa lagi baik,” katanya. Lucunya pemimpin sayap Pemuda PPBM, Ashraf Mustaqim berkata, mereka yang tidak menyenangi Mahathir tidak seharusnya cuba merosakkan kertas undi.

“Jangan undi di kawasan Pengerusi PH itu bertanding. Misalnya kalau di Langkawi, tidak perlu undi,” katanya yang menamakan antara tiga tempat dipertimbangkan Mahathir. Cadangan itu ternyata amat kelakar dan tidak logik!

Bagaimanapun ujar Ashraf, PH tidak wajar diboikot kerana berpendapat ia tidak adil untuk calon lain. Pendedahan portal itu akhirnya membuka tembelang mereka sendiri tidak percaya Mahathir.

Sumber asal: Kantoi… PH Sendiri Boikot PRU Protes Mahathir Jadi PM

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment