ISU TANAH FELDA BUKAN SANDIWARA - SHAHRIR SAMAD

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 17 January 2018

ISU TANAH FELDA BUKAN SANDIWARA - SHAHRIR SAMAD .


Isu Felda bukan Sandiwara

Siapa kata isu tanah Felda RM200 juta di Jalan Semarak sengaja direka sebab nak tarik pengundi warga Felda? Hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang berfikir begitu.

“Ini bukan lakonan kerana kita tidak tahu kenapa mereka hendak pindah tanah milik Felda kepada syarikat mereka sendiri. Kita curiga kalau apa-apa berlaku dan sekiranya mereka menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga, habislah tanah kita,” kata Shahrir Samad.

Seperti biasalah, Pakatan buat cerita sebab nak raih modal politik. Apa lagi kerja mereka kalau bukan nak memburuk-burukkan kerajaan, sedangkan pengambilalihan tanah itu dilakukan tanpa sebarang kos.

"Alhamdulillah, tanah Jalan Semarak Felda telah dikembalikan tanpa sebarang kos. Walaupun begitu, saya tegaskan bahawa audit forensik dan siasatan polis akan tetap diteruskan,” kata PM Najib Razak.
#Barisanprorakyat
Sumber asal: ISU TANAH FELDA BUKAN SANDIWARA - SHAHRIR SAMAD

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment