EKONOMI TERUK KATA PEMBANGKANG BUKAN PENGHALANG RAKYAT BELANJA RM66 BILLION MELANCONG !

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 18 January 2018

EKONOMI TERUK KATA PEMBANGKANG BUKAN PENGHALANG RAKYAT BELANJA RM66 BILLION MELANCONG !.







Menurut data daripada Department of Statistics, Malaysia, jumlah perbelanjaan rakyat Malaysia di luar negara (melancong) adalah:
2012: RM37.7 billion
2013: RM38.6 billion
2014: RM40.7 billion
2015: RM41.7 billion
2016: RM43.4 billion
Ianya disokong oleh kajian yang dibuat Mastercard bahawa jumlah pelancong Malaysia keluar negara (outbound) meningkat setiap tahun iaitu 11.9 juta orang tahun ini dan dijangka meningkat kepada 14.9 juta pelancong ada tahun 2021.
Setiap tahun semakin banyak rakyat Malaysia melancong ke luar negara dan setiap tahun juga mereka membelanjakan lebih banyak wang di luar negara lebih banyak daripada wang yang dikirim oleh pekerja asing Malaysia ke negara mereka.
Apa yang boleh kita simpulkan daripada data dan angka seperti ini?
1. Pendapatan rakyat Malaysia meningkat sehingga mereka mampu ke luar negara dan membelanjakan wang di sana.
2. Momokan bahawa kos sara hidup meningkat seolah-olah majoriti rakyat Malaysia ini menghadapi hidup yang susah terlampau dilebih-lebihkan.
Kalau tanpa angka dan statistik di atas juga kita boleh lihat betapa banyak mereka yang memuatnaik gambar mereka bercuti ke luar negara. Ada yang pergi London, ada yang pergi South Korea, banyak yang pergi Jepun, Australia dan New Zealand. Tak termasuk yang bercuti di Thailand dan Indonesia.
"Yang kaya memang boleh melancong ke luar negara. Dekat Malaysia yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin."
Ada logiknya juga kan? Mungkin yang melancong dan belanja duit di luar negara ni mereka yang kaya dan makin kaya setiap tahun. Tapi untuk pengesahan apa kata kita lihat statistik pelancongan domestik oleh pelancong domestik yang juga dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM).
Menurut DOSM, pelancong domestik yang terdiri daripada residen atau penduduk Malaysia membelanjakan RM66.5 billion melancong di dalam negara pada tahun 2016. Terdapat 66 juta pelancong domestik atau secara puratanya rakyat Malaysia bercuti dua kali setahun di dalam negara.
Perbelanjaan pelancong domestik di dalam negara juga meningkat setiap tahun:
2011: RM36.2 billion
2012: RM40.8 billion
2013: RM47.6 billion
2014: RM55.5 billion
2015: RM60.5 billion
2016: RM66.5 billion
Kalau tak melihat kepada data dan angka di atas, kita boleh tengok dengan mata sendiri bila musim cuti sekolah lebuhraya penuh sesak, hotel-hotel, chalet, homestay di kawasan-kawasan pelancongan penuh ditempah, dekat R&R nak masuk tandas pun kena beratur.
Kesimpulan yang saya buat di atas sebentar tadi masih sah. Rakyat Malaysia mempunyai taraf hidup yang lebih baik setiap tahun dengan pendapatan yang meningkat membolehkan mereka meluangkan masa bersama-sama keluarga dengan melancong ke luar dan dalam negara.
Kos sara hidup memang meningkat setiap tahun, tetapi pendapatan juga meningkat seiring kalau tidak lebih tinggi setiap tahun.
Ringgit jatuh, pelaksanaan GST, pemansuhan subsidi bahan api juga bukan halangan untuk rakyat Malaysia daripada terus melancong dan berbelanja wang.
Ucapkan tahniah kepada diri anda sendiri kerana berbelanja dan menyumbang kepada ekonomi negara dan tempatan (untuk pelancong domestik).
Untuk sebuah negara yang selalu digelar sebagai negara menuju kemuflisan, bankrap oleh sesetengah pihak rakyatnya masih boleh bebas melancong dan berbelanja tanpa halangan.
Mana satu anda nak percaya? Propaganda bersifat auta atau fakta disokong data?
Rujukan:
1. Balance of Payments - DOSM via Buletin Statistik Bulanan Bank Negara: http://ift.tt/2rgVDaO
2. Asia Pacific Outbound Travel - Mastercard: http://ift.tt/2rgVFzs
3. Tourism Satellite Account 2016 - DOSM: http://ift.tt/2rgVGDw

Sumber asal: EKONOMI TERUK KATA PEMBANGKANG BUKAN PENGHALANG RAKYAT BELANJA RM66 BILLION MELANCONG !

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment