PAS MAHU JADI KERAJAAN? INI KATA DR MAHATHIR…MADEY JANGAN LAH BONGKAH DAN ANGKUH

Posted by Kerah Lekung on Thursday 25 January 2018

PAS MAHU JADI KERAJAAN? INI KATA DR MAHATHIR…MADEY JANGAN LAH BONGKAH DAN ANGKUH.
Pas hanya memasang angan-angan Mat Jenin, demikian respon Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hasrat Pas yang mahu menjadi kerajaan pada PRU14, nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, Pas sentiasa bercita-cita tinggi walaupun parti itu sedar bahawa mereka tidak mampu untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

“Bagus, fantastik. Saya rasa dalam sejarah Pas, mereka sentiasa memerintah ‘negara mereka’.

“Membentuk kerajaan mereka sendiri. Kadang-kadang mereka menang satu kerusi, tapi mereka masih ada cita-cita yang tinggi untuk bertanding lebih 100 kerusi, jadi biarlah mereka hendak bertanding,” katanya di sidang media Pakatan Harapan di pejabat Yayasan Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melahirkan hasrat parti itu mahu menjadi kerajaan pada PRU14, bukan lagi pembangkang.

Abdul Hadi baru-baru ini mengesahkan, Pas mungkin bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU14 akan datang.

Jelas Abdul Hadi, sasaran tersebut yang ditandingi oleh partinya di peringkat Parlimen kerana mahu menjadi kerajaan, dan bukan lagi sebuah parti pembangkang sekiranya memenangi PRU14.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata, tujuan Pas menyertai PRU14 dilihat hanya memberi kelebihan kepada BN.

“Tujuan utamanya, Pas menyertai pilihan raya adalah untuk memecahkan undi BN dan beri kelebihan kepada Harapan. Jadi BN akan menang,” katanya lagi.

Sumber asal: PAS MAHU JADI KERAJAAN? INI KATA DR MAHATHIR…MADEY JANGAN LAH BONGKAH DAN ANGKUH

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment