PAS Selangor perlu sedar Azmin tak ikhlas

Posted by Kerah Lekung on Thursday 25 January 2018

PAS Selangor perlu sedar Azmin tak ikhlas.
PAS wajar untuk membuat aduan kepada pihak istana jika dakwaan sekatan peruntukan oleh kerajaan Selangor ke atas wakil rakyatnya berlaku.

Pada masa sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim menyifatkan ia adalah satu penganiayaan menggambarkan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali.

“Kerajaan negeri mungkin boleh menafikan mengenai sekatan tersebut namun ianya tidak akan dapat menghalang PAS untuk mengadukan isu ini kepada Istana.

“Tindakan ini boleh menjadi kewajaran kepada PAS kerana sedar kuasa untuk meluluskan sesuatu peruntukan adalah dibawah syarat dan kuasa kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata demikian sebagai respon terhadap tindakan kerajaan Selangor yang didakwa menyekat peruntukan tahunan yang disediakan kepada ahli parlimen dan ADUN PAS di negeri itu.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dilaporkan berkata beliau belum menerima sebarang surat pemberitahuan rasmi mengenai perkara terbabit.

Tambah Irmohizam lagi, setelah perkara ini terjadi kepada parti Islam itu, ia sedikit sebanyak pasti akan membuka mata terhadap kewibawaan Azmin yang gagal mentadbir Selangor dengan baik.

“Tentu sukar bagi PAS untuk bertemu dan mempercayai Datuk Seri Azmin bagi membincangkan soal peruntukan tersebut.

Namun hakikatnya, setidaknya mungkin PAS perlu semakin sedar bahawa, pentadbiran kerajaan negeri tidak mungkin benar – benar ikhlas untuk menyelesaikan isu-isu sebegini,” ujarnya lagi.

Sumber asal: PAS Selangor perlu sedar Azmin tak ikhlas

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment